[01] Said bin Yazid al-Azdiy radiallahu-anha katanya: Aku pernah bertanya Anas bin Malik: Adakah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam pernah solat dengan memakai kasut? Anas menjawab: Ya!
[02] Ibnu Abi Aus berkata bahawa Pakciknya menerangkan bahawa: Saya melihat Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam menunaikan solat dengan memakai kedua-dua kasutnya.
[03] Abdullah radiallahu-anha menerangkan: Sungguh kami (para sahabat) melihat Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam mengerjakan solat dengan memakai sandal dan kasut. (Adakalanya bersandal, adakalanya berkasut.
[04] Amir bin Syu'aib menerangkan bahawa datuknya (yang hidup di zaman Nabi SAW) telah berkata: Aku melihat Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam mengerjakan solat adakalanya dengan tidak berkasut dan adakalanya dengan berkasut.
Demikian beberapa hadith yang menerangkan bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam pernah bersolat dengan memakai kasut. Perbuatan beliau ini diikuti oleh para sahabatnya dan majoriti ahli ilmu juga menghujahkan kebolehan ini. Berkata Imam Tirmizi ketika meriwayatkan hadith yang pertama di atas - Dalam bab ini terdapat hadith dari Abdullah ibnu Mas'ud, Abdillah bin Habibah, Abdillah bin Amr, Amr bin Huraits, Syaddad bin Ans, Ats Tsaqafi, Abu Hurairah dan Atha' dari Bani Hanifah. Dan hadith ini diamalkan oleh para ahli ilmu.