Showing posts with label Petua Muslimin. Show all posts
Showing posts with label Petua Muslimin. Show all posts

Monday, 22 July 2013

Sementara Berdosa

Salam Ramadhan dan semoga di ampunkan segala dosa kepada manusia dan Allah swt


Bukan mudah mengharungi dunia ini. Ujian yang datang sering gagal dihadapi. Ia datang untuk menepuk iman yang dikatakan tebal sebenarnya nipis, yang dikatakan hebat sebenarnya lemah. Benarlah firmanNya bahawa iman itu akan diuji oleh Allah swt dengan perancanganNya yang Maha Bijaksana.

Surah Al'Ankabut. Ayat 003.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

Oleh itu ketidak aktifan projek adalah kerana terkesannya hati dari kelemahan iman, cinta dan ketakwaan kepada Allah swt dan Rasulullah saw. Sedang mencari hakiki didorong bersama menyelami diri dengan rendah hati.

 
Surah AlFurqaan. Ayat 020.
Dan Kami tidak mengutus Rasul-Rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).



Mudah-mudahan hidayah dan rahmat Allah swt tidakku balas dengan kejahatan yang lahir dari nafsu jahil yang merosakkan.
Salam Hicmah dari penulis.

Wednesday, 23 May 2012

Solat Pakai Kasut & Dalilnya

Dibolehkan mendirikan solat-solat fardhu dan sunat dengan memakai kasut bagi lelaki dan wanita, samada dalam keadaan mastautin atau musafir, samada dalam suasana senang atau sulit. Syaratnya hanya satu - dipastikan dengan penglihatan yang biasa bahawa kasut itu tiada kesan najis yang nyata. Berikut disalin beberapa dalil-dalil yang membolehkan solat dengan berkasut:


[01] Said bin Yazid al-Azdiy radiallahu-anha katanya: Aku pernah bertanya Anas bin Malik: Adakah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam pernah solat dengan memakai kasut? Anas menjawab: Ya!


[02] Ibnu Abi Aus berkata bahawa Pakciknya menerangkan bahawa: Saya melihat Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam menunaikan solat dengan memakai kedua-dua kasutnya.


[03] Abdullah radiallahu-anha menerangkan: Sungguh kami (para sahabat) melihat Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam mengerjakan solat  dengan memakai sandal dan kasut. (Adakalanya bersandal, adakalanya berkasut.


[04] Amir bin Syu'aib menerangkan bahawa datuknya (yang hidup di zaman Nabi SAW) telah berkata: Aku melihat Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam mengerjakan solat adakalanya dengan tidak berkasut dan adakalanya dengan berkasut.
Demikian beberapa hadith yang menerangkan bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam pernah bersolat dengan memakai kasut. Perbuatan beliau ini diikuti oleh para sahabatnya dan majoriti ahli ilmu juga menghujahkan kebolehan ini. Berkata Imam Tirmizi ketika meriwayatkan hadith yang pertama di atas - Dalam bab ini terdapat hadith dari Abdullah ibnu Mas'ud, Abdillah bin Habibah, Abdillah bin Amr, Amr bin Huraits, Syaddad bin Ans, Ats Tsaqafi, Abu Hurairah dan Atha' dari Bani Hanifah. Dan hadith ini diamalkan oleh para ahli ilmu.

Thursday, 17 May 2012

Hukum Memagar Rumah

paku pagar rumah
Soalan: Hukum Memagar Rumah


Salam
Apakah hukumnya dan bolehkah 'memagar' rumah dengan khadam..? 
Benarkah ada khadam Islam atau jin Islam yg mengawal rumah..? 
Adakah cara 'memagar' cara ini ada pd zaman Rasulullah SAW..?
Adakah cara yg diajar oleh Rasulullah SAW utk memagar rumah..?
Harap dpt berikan dalil al-quran dan hadis yg sahih. InsyaAllah. Syukran..

Jawapan:  kamin, Panel Fiqh


wa'alaikumussalam


Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya-Allah.


Memagar rumah dengan menggunakan khadam bukanlah sesuatu yang digalakkan didalam Islam. Persoalan biasa yang diutarakan oleh ulama' adalah : Apakah kita tahu bahawa bahawa Jin yang menjaga rumah kita itu benar-benar Islam ataupun tidak? Kenapa harus kita ambil risiko?
Nabi saw mengajar kita menggunakan surah al-Baqarah dan ayat al-Kursi (surah al-Baqarah ayat 255) bagi melindungi diri dan rumah daripada gangguan makhluk halus ini.
Didalam sebuah riwayat dari Abdullah ibn Ubay ibn Ka'b yang diringkaskan disini, beliau telah bertemu dengan Jin yang memakan makanan simpanan Ubay.
فقال له أبي فما الذي يجيرنا منكم؟ قال: هذه الآية آية الكرسي ثم غدا إلى النبي - صلى الله عليه وسلم - فأخبره فقال النبي صدق الخبيث ..
Ubay bertanya kepada Jin : "Apa yang boleh melindungi kami dari kamu?". Jin menjawab : "Ayat ini, ayat al-Kursi". Kemudian keesokkan harinya dia telah pergi kepada Nabi saw dan memberitahu baginda, dan baginda bersabda : Jin telah bercakap benar.....[Silsilah Sahihah, 7/738].

Wednesday, 16 May 2012

Tips Rasullah S.A.W Mengubati Mulut Celupar


mulut aib malu berdosa norhicmah
Salam Hicmah dari penulis. Sebagai seorang yang tidak lari dari membuat dosa dan kesilapan, Ummat manusia perlu sedar peranan dalam perbicaraan yang terkadang mampu membinasakan kerana terlalu petah berbicara hingga terbongkar aib diri sendiri. Berfikir sebelum melempias kata agar terpelihara & maruah diri anda dalam perbicaraan. Melalui Fitnah dari percakapan dan nafsu perbicaraan lebih tajam dari lembing yang menusuk jantung yang mencari keinsafan. 


Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.


Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya.


Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”


Kedua, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.

Tuesday, 24 April 2012

Gadis Ada Misai & Janggut


Remaja 20 tahun tertekan alami masalah bulu lebat di muka, dagu 


Soalan: Assalamualaikum Dr Suhaimi. Saya gadis berusia 20 tahun dan untuk pengetahuan doktor, saya mengalami pertumbuhan bulu roma yang berlebihan di sekitar muka, atas bibir dan dagu. Keadaan ini menyebabkan saya seperti bermisai dan janggut. Saya mencukur misai dan kawasan dagu kerana malu dengan keadaan diri ini.
Pernah terfikir untuk melakukan tindakan lebih buruk seperti menamatkan riwayat diri ini namun keluarga saya menyuruh saya menerima ketentuan takdir. Kawan saya pernah mengesyorkan pil perancang kerana pil ini dapat mengurangkan pertumbuhan bulu roma. Apakah ubat yang perlu saya ambil dan rawatan apakah yang sesuai untuk saya jalani. Saya amat tertekan dengan masalah saya ini.
Shida, Taiping, Perak. 

Awak Memang Sempurna!


Ingin menjadi impian para jejaka? Segala percakapan, pemakaian dan perlakuan si gadis penting bagi menyempurnakan ideologi untuk bergelar pasangan terbaik.Tidak pasti bagaimana caranya? Ayuh teliti sikap perempuan yang cukup disenangi jejaka.






Sikap Keibuan
Biasanya lelaki lebih terpikat pada gadis yang bersikap lembut, mengambil berat serta penuh kasih sayang.Wajah yang ayu mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika stres, cemas dan gelisah serta senang hati ketika mahu bermanja.


Rahsia Cantik Dengan Coklat!


Coklat bukan sahaja enak dimakan, malah ia dikatakan boleh menjadi makanan untuk meredakan tekanan.Bukan itu sahaja, coklat juga memiliki banyak manfaat lainnya termasuklah untuk kesihatan.Namun satu manfaat yang mungkin ramai gadis suka ialah coklat mampu membantu menambahkan kecantikan diri.


Antaranya:
1)Berfungsi untuk menjaga kelembutan kulit.
2)Kulit sentiasa lembap dan segar.
3)Menegang dan menghaluskan kulit.
4)Melambatkan proses penuaan pada kulit.
5)Mencegah kedutan pada wajah.

Sayang Kaki You Cantik Sangat


Bukan hanya tangan, kaki yang indah juga menjadi idaman setiap gadis. namun masalahnya masih ramai gadis yang tidak tahu kaki sebenarnya memerlukan penjagaan yang rapi. Bukan itu sahaja, kaki yang letih setelah seharian melakukan aktiviti dan menempuh perjalanan jauh, perlu disegarkan kembali dengan melakukan beberapa perawatan berikut. Bukan hanya untuk memanjakan kaki, sekali gus ia dapatmengembalikan kesegaran pada kaki.Tidak perlu pergi ke spa kerana semua perawatan yang biasa diberikan sangat praktik dilakukan sendiri di rumah. Selamat mencuba!


1)Merendam Kaki
Salah satu perawatan yang paling disukai oleh ramai gadis ialah merendamkan kaki. Caranya, penuhkan sebuah bekas dengan air panas. Kemudian,tuangkan setengah cawan garam ke dalamnya dan kacau sehingga larut. Kamu juga boleh memasukkan kelopak bunga mawar, bunga orkid atau lavenda yang telah dihancurkan ke dalam air untuk haruman yang segar. Titiskan minyak peppermint untuk melancarkan peredaran darah.Rendam kaki di dalam campuran air tersebut dan kamu akan rasa segala ketegangan hilang. Biarkan kaki direndam selama 10 hingga 20 minit, lalu keringkan dengan tuala bersih. Sapukan losen untuk melembapkan kaki.

Rahsia Cantik Gadis Jepun

 Gadis jepun majoritinya mempunyai wajah yang putih, lembut dan halus. Pasti kamu tertanya-tanya apakah rahsia mereka bukan? antara amalan yang dilakukan untuk kulit cantik adalah melakukan perawatan tradisional menggunakan bahan semula jadi sejak turun temurun lagi. Ingin tahu lebih lanjut? ayuh semak panduan berikut!


Vitamin C
gadis jepun percaya vitamin c baik untuk kulit dan memiliki khasiat untuk memutihkan kulit. oleh sebab itu, mereka mengamalkan makan buahbuahan yang kaya dengan vitamin c bertujuan untuk memecah dan mengoksidakan melanin sehingga menjadikan kulit putih.


Kacang merah
gadis jepun memanfaatkan azuki, sejenis kacang merah yang digunakan sebagai bahan untuk menggosok wajah sejak dulu lagi. hasilnya, wajah menjadi lebih halus dan bebas daripada sebarang masalah jerawat Beras Merah bahan yang digunakan oleh gadis jepun untuk memelihara kulit dan sentiasa awet muda. bukan itu sahaja, bahan semula jadi ini juga berkhasiat mencegah kedutan, lingkaran hitam di bawah mata dan mengawal pengeluaran minyak secara semula jadi kulit.

Monday, 23 April 2012

Petua Untuk Wanita Sentiasa Cantik


Pernahkah anda terfikir apa yang anda amalkan sewaktu muda akan mempengaruhi kecantikan dan kesihatan anda apabila usia meningkat? Kenyataannya, pemakanan dan penjagaan diri yang baik sepanjang hidup akan membentuk personaliti yang lebih sihat di usia tua. Berikut merupakan 5 perkara berguna yang patut diambil berat dari usia muda belia:


1) Senaman membina peribadi positif - Bersenam akan meningkatkan hormon endorfin yang membantu anda mengurangkan tekanan. Dengan bersenam, risiko untuk mendapat penyakit kronik juga akan berkurangan. Di samping itu,  bersenam akan membantu pengaliran darah yang lebih lancar ke permukaan kulit yang menyebabkan kulit mendapat oksigen secukupnya. Hasilnya, kulit lebih cantik dan berseri-seri. Bonus yang lain, berat badan ideal akan dikecapi sepanjang hayat.

Petua Menjaga Rambut Wanita


1. Walaupun pelbagai teknologi canggih diperkenalkan bagi merawat serta mencantikkan rambut, masih ramai wanita suka  mengamalkan petua orang tua-tua untuk menjaga ‘mahkota’ mereka. Antara yang paling terkenal dikalangan orang Melayu ialah penggunaan santan. Khasiatnya memang terkenal untuk melembut serta melebatkan rambut. Caranya mudah, ambil kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan sejam agar patinya naik, baru disapu pada rambut. Gunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam.

Petua Wanita Untuk Mengurangkan Dagu Berlapis



Sejak berzaman lagi, kecantikan sudah menjadi isu penting dalam hidup wanita. Walau usia semakin menginjak, ingin sentiasa tampak cantik dan muda selalu menjadi sebahagian besar naluri wanita. Sehinggakan, ada segelintir yang begitu risau jika wajah sudah mula kendur dan hilang keremajaan. Antara bahagian wajah paling membimbangkan wanita ialah pada dagu kerana dengan kulit yang lembut dan halus, kesannya dimakan usia begitu ketara. Akibatnya, terbentuk dagu berlapis atau tembam dan ini mula menimbulkan kegusaran serta rasa tidak senang hati.  Sememangnya, penuaan tidak boleh dielakkan kerana kajian mendapati ia berpunca daripada kemerosotan sel. Tubuh manusia dibentuk daripada jutaan sel yang secara berterusan mati dan digantikan dengan sel baru.  Proses ini mencapai kemuncaknya ketika seseorang berusia pertengahan 30-an dan selepas usia ini, proses penggantian sel baru mula menjadi perlahan, yang mengakibatkan kehilangan keanjalan otot serta wujudnya kedutan.

Sunday, 15 April 2012

Bahaya Minum Berdiri

Perkara yang remeh tetapi membawa impak yg sangat besar kepada tubuh badan. Mengapa Rasulullah SAW melarang kita minum sambil berdiri.

Ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

10 Sifat Calon Suami Terbaik Idaman Wanita



Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita. Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.J ika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.


Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.


10 sifat calon suami yang baik:


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

Waktu Terbaik Minum Air Masak / Kosong



Dah jadi lumrah manusia, bila haus mesti air yang dicarinya. Tak kiralah air tu sejuk ke, suam ke, panas ke, manis ke, semuanya boleh. Janji ianya bersih dan dapat membasahi tekak masing-masing. Tapi, sebaik-baiknya biarlah AIR MASAK yang menjadi pilihan utama.


Kenapa air masak??? Apakah Hicmah disebalik air masak??


Air masak ni akan memelihara kesihatan tubuh, melancarkan sistem metabolisme tubuh serta membantu mengurangkan berat badan kita (mesti ramai yang suka topik ini).


Sebabnya, bila air dalam badan kita mencukupi, ia sekaligus dapat membakar kalori dalam tubuh. Kan bagus begitu...


Memang nikmat tak terkata bila dapat air ketika ini. Begitu juga kalau tersedu mahupun tercekik, kan?


Bilakah 4 waktu terbaik untuk minum air masak selain ketika haus?


1. Sebelum tidur


Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok. Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.


2. Bangun tidur


Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita.


3. Sebelum mandi


Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.


4. Sebelum makan


30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Perut tidak jadi terkejut olehnya!


Alhamdulillah... Segalanya mungkin terubat dengan amalan yang penuh Hicmah ini. Anda boleh beramal dengan 4 waktu terbaik untuk meminum air masak.





Larangan Seks Suami Isteri Semasa Haid

Islam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman Nya yang bermaksud: “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)

Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)

Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, “Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran.“

Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid

Thursday, 5 April 2012

Petua Menanam Uri: Tradisi Melayu vs Hukum Islam.

Petua penuh hicmah tentang Penanaman uri yang Lebih afdhal dilakukan oleh si bapa untuk mengazan atau mengiqamat anak yang baru lahir seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad (SAW). Menurut orang dulu-dulu, uri dimasukkan dalam tempurung kelapa sebelum menanamnya. Ada sesetengah orang tanam bawah tangga. Selepas menanam uri, ada pula yang menyalakan pelita atau lilin kononnya untuk mengelak bayi mengalami kembung perut. Api itu dikatakan dapat ‘memanaskan’ bayi.


Antara upacara karut tradidisional yang masih dilakukan sewaktu menanam uri ialah:


1. Cuci uri itu dengan sempurna sehingga tiada bahagian yang tidak dicuci atau darah masih tertinggal.

Monday, 2 April 2012

Petua Islam Menyambut Hari Jadi

1. Menurut Islam, seseorang itu boleh menyambut harijadinya atau pun meraikan hari lahir orang lain. Dengan syarat pengisian di dalam majlis itu tidak meniru atau mengagung-agungkan budaya Barat yang menyalahi syariat dan akhlak Islam. Ini bermakna, tiada percampuran (pergaulan bebas) antara lelaki dan perempuan, meminum arak, tari-menari, pendedahan aurat, mencuaikan solat, pembaziran dan sebagainya.


2. Raikanlah harijadi dengan tujuan mensyukuri nikmat Allah, memuhasabah diri dan melahirkan kegembiraan dan kasih-sayang sesama anggota keluarga dan sahabat handai. Di sinilah terbinanya keharusan itu. Justeru itu, sekiranya kita mahu beroleh keberkatan semasa menyambut ulangtahun kelahiran ataupun perkahwinan wajarlah terlebih dahulu kita memahami dan menghayati syarat-syarat dan adab-adabnya.


3. Melahirkan rasa syukur dan rasa gembira sebagai tanda mensyukuri nikmat umur yang dikurniakan Allah. 


Firman Allah: “Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” (Ad-Dhuha: 11). 
Doa-mendoakan antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kepada sambutan harijadi seseorang."


4. Jamuan adalah sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Islam adalah satu bentuk sedekah yang sangat digalakkan. Asalkan tidak membazir. Adalah dianjurkan kita menjemput golongan fakir dan miskin ke majlis kita. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan kepada para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.


5. Memberi hadiah juga adalah amalan yang sinonim dalam sambutan hari-hari sebegini. Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih sayang). Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang.


6. "Muhasabah diri yang perlu dibuat khasnya pada sambutan ulang tahun ini, ialah dengan menginsafi masa atau umur yang telah berlalu. Renungkan, berapa banyakkah kebaikan amal soleh yang telah kita lakukan. Renungi pula berapa banyak pula maksiat dan dosa yang telah kita lakukan selama ini."