Tuesday 24 April 2012

Gadis Ada Misai & Janggut


Remaja 20 tahun tertekan alami masalah bulu lebat di muka, dagu 


Soalan: Assalamualaikum Dr Suhaimi. Saya gadis berusia 20 tahun dan untuk pengetahuan doktor, saya mengalami pertumbuhan bulu roma yang berlebihan di sekitar muka, atas bibir dan dagu. Keadaan ini menyebabkan saya seperti bermisai dan janggut. Saya mencukur misai dan kawasan dagu kerana malu dengan keadaan diri ini.
Pernah terfikir untuk melakukan tindakan lebih buruk seperti menamatkan riwayat diri ini namun keluarga saya menyuruh saya menerima ketentuan takdir. Kawan saya pernah mengesyorkan pil perancang kerana pil ini dapat mengurangkan pertumbuhan bulu roma. Apakah ubat yang perlu saya ambil dan rawatan apakah yang sesuai untuk saya jalani. Saya amat tertekan dengan masalah saya ini.
Shida, Taiping, Perak. 

Lelaki Lebih Cepat Mati?


ftMenurut pendapat dahulu kala, lelaki dikatakan lebih pendek umur berbanding perempuan kerana pengeluaran tenaga yang digunakan. Mengikut kajian dari Aesthetic Surgery Journal, Dr Foad Nahai yakni seorang ahli bedah di Atlanta mengatakan bahawa kulit lelaki tidak bertambah tua secepat kulit jantina berlawanan.Perbezaan ini ternyata disebabkan kelenjar peluh yang terkandung di dalam kulit perempuan adalah lebih sedikit berbanding lelaki

Ustaz Don

ustaz don, don daniyal , don, ustaz

Kejujuran Penanda Aras Dalam Perhubungan Cinta


Semua pasangan yang baru hendak mula bercinta, sedang hangat bercinta ataupun sudah lama bercinta, pasti acap kali membicarakan tentang perkara yang sama.Jujurkah kalian di antara satu sama lain?Ikhlaskah masing-masing dalam bercinta?Harus diingatkan, walaupun bibir melafazkan perkataan jujur dan ikhlas, namun hati sendiri yang harus ditanya berulang kali demi mendapatkan kepastian sebenar.

Apa Yang Lelaki Inginkan?


Bukan sukar untuk memahami si jejaka. Mereka hanya inginkan gadis yang benar-benar sesuai untuk dijadikan teman. Kenali si dia secara dekat dan ketahui apa yang mereka idamkan daripada kamu.





Lelaki Bila dah Serius


Kenal sudah hampir lima tahun,berkawan rapat sudah masuk tahun ketiga dan berkasih sayang hampir setahun lamanya, namun sudahkah kamu mengenali ketelusan isi hati sang teruna? Betulkah si dia mahukan sesuatu yang kekal berpanjangan? Ayuh ketahui tanda-tanda utama yang menunjukkan si dia serius terhadap sesuatu perhubungan.

Perkenalkan Keluarga Dan Sahabat
Lelaki yang memandang berat terhadap perhubungan akan cuba untuk memperkenalkan pasangan kepada ahli keluarga atau rakan taulan yang rapat dengan dirinya. Ini menunjukkan bahawa mereka menganggap pasangan seorang yang penting dan bermakna dalam hidup.Pada kebiasaannya, seorang lelaki akan cuba untuk menyembunyikan hubungan yang mereka rasakan tidak serius. Ini adalah bagi mengelakkan perspektif negatif yang mungkin timbul daripada kaum keluarga.Namun, sekiranya mereka mempunyai alasan kukuh untuk tidak mengenalkan kepada ahli keluarga, sang kekasih pula perlu cuba untuk memahami situasi tersebut.Misalnya masa yang tidak kena atau keadaan yang tidak mengizinkan mereka berbuat sedemikian.

Awak Memang Sempurna!


Ingin menjadi impian para jejaka? Segala percakapan, pemakaian dan perlakuan si gadis penting bagi menyempurnakan ideologi untuk bergelar pasangan terbaik.Tidak pasti bagaimana caranya? Ayuh teliti sikap perempuan yang cukup disenangi jejaka.






Sikap Keibuan
Biasanya lelaki lebih terpikat pada gadis yang bersikap lembut, mengambil berat serta penuh kasih sayang.Wajah yang ayu mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika stres, cemas dan gelisah serta senang hati ketika mahu bermanja.


Rahsia Cantik Dengan Coklat!


Coklat bukan sahaja enak dimakan, malah ia dikatakan boleh menjadi makanan untuk meredakan tekanan.Bukan itu sahaja, coklat juga memiliki banyak manfaat lainnya termasuklah untuk kesihatan.Namun satu manfaat yang mungkin ramai gadis suka ialah coklat mampu membantu menambahkan kecantikan diri.


Antaranya:
1)Berfungsi untuk menjaga kelembutan kulit.
2)Kulit sentiasa lembap dan segar.
3)Menegang dan menghaluskan kulit.
4)Melambatkan proses penuaan pada kulit.
5)Mencegah kedutan pada wajah.

Sayang Kaki You Cantik Sangat


Bukan hanya tangan, kaki yang indah juga menjadi idaman setiap gadis. namun masalahnya masih ramai gadis yang tidak tahu kaki sebenarnya memerlukan penjagaan yang rapi. Bukan itu sahaja, kaki yang letih setelah seharian melakukan aktiviti dan menempuh perjalanan jauh, perlu disegarkan kembali dengan melakukan beberapa perawatan berikut. Bukan hanya untuk memanjakan kaki, sekali gus ia dapatmengembalikan kesegaran pada kaki.Tidak perlu pergi ke spa kerana semua perawatan yang biasa diberikan sangat praktik dilakukan sendiri di rumah. Selamat mencuba!


1)Merendam Kaki
Salah satu perawatan yang paling disukai oleh ramai gadis ialah merendamkan kaki. Caranya, penuhkan sebuah bekas dengan air panas. Kemudian,tuangkan setengah cawan garam ke dalamnya dan kacau sehingga larut. Kamu juga boleh memasukkan kelopak bunga mawar, bunga orkid atau lavenda yang telah dihancurkan ke dalam air untuk haruman yang segar. Titiskan minyak peppermint untuk melancarkan peredaran darah.Rendam kaki di dalam campuran air tersebut dan kamu akan rasa segala ketegangan hilang. Biarkan kaki direndam selama 10 hingga 20 minit, lalu keringkan dengan tuala bersih. Sapukan losen untuk melembapkan kaki.

Rahsia Cantik Gadis Jepun

 Gadis jepun majoritinya mempunyai wajah yang putih, lembut dan halus. Pasti kamu tertanya-tanya apakah rahsia mereka bukan? antara amalan yang dilakukan untuk kulit cantik adalah melakukan perawatan tradisional menggunakan bahan semula jadi sejak turun temurun lagi. Ingin tahu lebih lanjut? ayuh semak panduan berikut!


Vitamin C
gadis jepun percaya vitamin c baik untuk kulit dan memiliki khasiat untuk memutihkan kulit. oleh sebab itu, mereka mengamalkan makan buahbuahan yang kaya dengan vitamin c bertujuan untuk memecah dan mengoksidakan melanin sehingga menjadikan kulit putih.


Kacang merah
gadis jepun memanfaatkan azuki, sejenis kacang merah yang digunakan sebagai bahan untuk menggosok wajah sejak dulu lagi. hasilnya, wajah menjadi lebih halus dan bebas daripada sebarang masalah jerawat Beras Merah bahan yang digunakan oleh gadis jepun untuk memelihara kulit dan sentiasa awet muda. bukan itu sahaja, bahan semula jadi ini juga berkhasiat mencegah kedutan, lingkaran hitam di bawah mata dan mengawal pengeluaran minyak secara semula jadi kulit.

Monday 23 April 2012

Petua Untuk Wanita Sentiasa Cantik


Pernahkah anda terfikir apa yang anda amalkan sewaktu muda akan mempengaruhi kecantikan dan kesihatan anda apabila usia meningkat? Kenyataannya, pemakanan dan penjagaan diri yang baik sepanjang hidup akan membentuk personaliti yang lebih sihat di usia tua. Berikut merupakan 5 perkara berguna yang patut diambil berat dari usia muda belia:


1) Senaman membina peribadi positif - Bersenam akan meningkatkan hormon endorfin yang membantu anda mengurangkan tekanan. Dengan bersenam, risiko untuk mendapat penyakit kronik juga akan berkurangan. Di samping itu,  bersenam akan membantu pengaliran darah yang lebih lancar ke permukaan kulit yang menyebabkan kulit mendapat oksigen secukupnya. Hasilnya, kulit lebih cantik dan berseri-seri. Bonus yang lain, berat badan ideal akan dikecapi sepanjang hayat.

Petua Menjaga Rambut Wanita


1. Walaupun pelbagai teknologi canggih diperkenalkan bagi merawat serta mencantikkan rambut, masih ramai wanita suka  mengamalkan petua orang tua-tua untuk menjaga ‘mahkota’ mereka. Antara yang paling terkenal dikalangan orang Melayu ialah penggunaan santan. Khasiatnya memang terkenal untuk melembut serta melebatkan rambut. Caranya mudah, ambil kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan sejam agar patinya naik, baru disapu pada rambut. Gunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam.

Petua Wanita Untuk Mengurangkan Dagu Berlapis



Sejak berzaman lagi, kecantikan sudah menjadi isu penting dalam hidup wanita. Walau usia semakin menginjak, ingin sentiasa tampak cantik dan muda selalu menjadi sebahagian besar naluri wanita. Sehinggakan, ada segelintir yang begitu risau jika wajah sudah mula kendur dan hilang keremajaan. Antara bahagian wajah paling membimbangkan wanita ialah pada dagu kerana dengan kulit yang lembut dan halus, kesannya dimakan usia begitu ketara. Akibatnya, terbentuk dagu berlapis atau tembam dan ini mula menimbulkan kegusaran serta rasa tidak senang hati.  Sememangnya, penuaan tidak boleh dielakkan kerana kajian mendapati ia berpunca daripada kemerosotan sel. Tubuh manusia dibentuk daripada jutaan sel yang secara berterusan mati dan digantikan dengan sel baru.  Proses ini mencapai kemuncaknya ketika seseorang berusia pertengahan 30-an dan selepas usia ini, proses penggantian sel baru mula menjadi perlahan, yang mengakibatkan kehilangan keanjalan otot serta wujudnya kedutan.

Mengimbas Kembali Awal tragedi Ambon Berdarah



             Pada tahun 1998, orang-orang Kristian telah menyerang dan membakar sebuah perkampungan Islam bersama masjidnya sekali. Orang-orang Islam gempar lalu mengadukan hal itu kepada pemerintah. Pihak pemerintah berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut. 
            Selang dua minggu kemudian, Pasukan Merah (Kristian) menyerang dan membakar sebuah lagi perkampungan Islam bersama masjidnya. Orang-orang Islam seluruh Ambon masih bersabar dan tidak bertindak balas. Inilah akhlak mulia penganut agama Islam yang nyata jauh berbeza dengan orang bukan Islam. Mereka terus mengadu kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa berjanji untuk menangkap dan mengadili petualang-petualang tersebut.


            Dua minggu selepas itu, sebuah lagi kampung orang Islam diserang dan dibakar. Hangus kesemuanya. Sikap melampau penganut Kristian ini adalah kerana mereka merasakan yang orang Islam langsung tidak sensitif. Memang inilah pula sikap kebanyakan umat Islam hari ini. Contohnya dalam kes murtad (keluar daripada Islam). Semua orang tahu begitu banyak orang Islam murtad tetapi langsung tidak mahu bertindak apa-apa. Sekurang-kurangnya jadikanlah ia sebagai bahan perbualan bersama kawan-kawan. Selain itu, sokonglah pihak-pihak yang mahu berusaha membenteras gejala ini.
            Walaupun sudah tiga buah kampung dijadikan padang jarak padang tekukur, namun alim ulama Islam di Ambon masih bersabar dan belum mahu mengeluarkan arahan untuk bertindak balas. Kristian semakin bermaharajalela. Mereka merancang sesuatu yang jauh lebih besar, iaitu untuk menghapuskan seluruh jiwa dan harta-benda umat Islam Ambon.

Teknologi Rahsia Islam


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dapatkah umat Islam menjadi umat yang paling menguasai Ilmu Teleportation dan Astral Travel? InsyaAllah, lebih dari itu pun sudah tersedia dalam Al-Qur'an. Ini adalah artikel pertama dari rentetan artikel, jika anda menyokong artikel ini, insyaAllah akan terbitlah sambungannya yang membincangkan hal-hal tersebut. 


Umat Islam mampu menjadi umat yang paling maju dari segala segi jika kita semua kembali kepada Al-Qur'an. Kitab terakhir dan teragung yang pernah diturunkan kepada umat manusia itu bukanlah dongeng orang-orang dahulukala. Tahukah anda bahawa segala apa yang anda terdaya anda lihat dan akses menggunakan pancaindera itu ada termaktub dalam Al-Qur'an? Tahukah anda bahawa makna Al-Qur'an dari segi istilah ialah 'segala sesuatu yang dibaca?'. Sedarkah anda bahawa 'baca' itu amat luas pengertiannya dan bukan sekadar 'parrot reading' atau sekadar seperti membaca buku?

Kaya Dan Murah Rezeki


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Allah Maha Kaya. Dengan sifatNya itu, Dia mengurniakan sesiapa saja hambaNya yang dikehendakiNya rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah dan tiada siapa yang mampu untuk membatasinya. Saya menulis artikel ini untuk bacaan dan amalan anda dan diri saya sendiri. Saya fokus kepada fadhilat Surah Al-Waqi'ah. Mudah-mudahan dengan adanya artikel ini kita semua akan tergolong kepada hamba-hamba yang diredhaiNya.


Mungkin yang antara cara terbaik untuk saya mulakan catatan ini ialah merakamkan mafhum firman Allah dalam Ayat Seribu Dinar:


"Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (Surah At-Talaq 065:2-3) 

Friday 20 April 2012

Kelebihan-Kelebihan Ilmu Daripada Harta


Keutamaan Ilmu atas harta dapat diketahui dari beberapa segi:

Pertama:Ilmu adalah warisan para nabi manakala harta adalah warisan para raja dan orang-orang kaya

Kedua:Ilmu akan menjaga pemiliknya manakala pemilik harta menjaga hartanya.

Ketiga:Ilmu adalah penguasa atas harta sedangkan harta tidak berkuasa atas ilmu.

Keempat: Harta akan habis dengan dibelanjakan,sedangkan ilmu akan bertambah jika di ajarkan.

Kelima: Apabila meninggal dunia pemilik harta akan berpisah dengan hartanya,sedangkan ilmu
akan masuk bersamanya kedalam kubur.

Sucinya Bidadari Syurga



Mari, kita kenali sifat-sifat istri yang memesona ini. Imam Ath-Thabrany mengisahkan sebuah hadis dari Ummu Salamah. "Wahai, Rasulullah, jelaskanlah kepadaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli?" Beliau menjawab, "Bidadari yang kulitnya putih, matanya jeli dan lebar, serta rambutnya berkilau seperti sayap burung nasar."
"Lalu, bagaimana tentang firman Allah, 'Laksana mutiara yang tersimpan baik'." (QS Alwaqi'ah [56]: 23). Jawabnya, "Kebeningannya seperti mutiara di kedalaman lautan yang tidak pernah tersentuh tangan manusia."

"Jelaskan lagi kepadaku firman Allah, 'Di dalam surga-surga itu, ada bidadari-bidadari yang baik-baik dan lagi cantik-cantik'." (QS Arrahman [55]: 70). Beliau menjawab, "Akhlaknya baik dan wajahnya cantik jelita."

Napoleon Bonaparte Sempat Belajar Alquran

Napoleon Bonaparte memang sang penakluk, sebelum ia dikalahkan secara menyakitkan oleh Inggris. Tak hanya Eropa, namun di Afrika pun jejak Napoleon terlihat.


Saat Napoleon ingin menaklukkan Mesir (sebelumnya ia berhasil merebut Malta), Napoleon bercita-cita ingin melakukan “pencerahan”. Sebagai penguasa de facto, ia pun mengumpulkan para tokoh lokal di masjid. Laman Napoleon.org menyebutkan pergolakan sempat terjadi pada masa awal penjajahan Napoleon, tepatnya di Kairo pada 21-22 Oktober 1798. 

Napoleon berusaha merebut hati para syekh untuk mendukung kekuasaannya di tanah Mesir. Laman napoleon.org juga menyebutkan, kedekatan sang kaisar dengan Islam ternyata terdokumentasikan dengan baik. Ia mengaku mengagumi Nabi Muhammad saw. Tak hanya itu, Napoleon konon mempelajari sungguh-sungguh sejumlah surat dalam Alquran.

Namun, hal sama juga dilakukan Napoleon terhadap penganut Koptik dan Kristen Mesir. Konon, kedekatannya dengan Kristen adalah untuk alasan pragmatis yaitu meredam amuk massa. Disebutkan di laman tersebut, “ketidakpercayaannya pada konsep Trinitas menyebabkan ia mengadopsi monotheisme, yang tentu saja prinsip ini tidak jauh dari ajran Islam”.

Apakah Napoleon pemeluk Islam? Ini masih kontroversi, apalagi jika kita tidak membaca langsung beberapa sumber literatur seperti buku Satanic Voices - Ancient and Modern karya David Musa Pidcock atau Bonaparte and Islam atau versi Prancisnya, Bonaparte et Islam, tulisan Christian Cherfils.

Dalam laman tanya-jawab komunitas yahoo.com, seorang penanya dengan nama maya Green Bird mengutip ucapan Napoleon, “ Musa telah mengungkap keberadaan Tuhan kepada bangsanya. Yesus Kristus kepada dunia Romawi, dan Muhammad kepada benua kuno” (Bonaparte et Islam halaman 105).


Berikutnya Greenbird mengutip halaman 125, “Semoga saja waktunya tepat ketika saya mampu menyatukan semua kebajikan dan mendidik bangsa di seluruh negeri serta mendirikan rezim bersama berdasarkan prinsip dalam Alquran, satu-satunya yang benar dan bisa menuntun manusia kepada kebahagiaan”.

Konon para ahli berdebat mengenai isu agama yang dianut sang kaisar. Ia menunjukkan toleransi sedemikian besar terhadap Muslim selama berupaya menaklukkan Mesir. Namun, Jenderal Dupuy yang mendampingi Napoleon, mengaku -sesaat setelah wafatnya Paus Pius VI- bahwa semua itu dilakukan Napoleon demi kepentingan politik.

“Kami mengelabui orang Mesir itu dengan berpura-pura berminat terhadap agama mereka. Baik Bonaparte atau kami tak ada yang percaya pada agama ini (Islam) ketimbang agama yang dibawa Pius yang sudah wafat ini,” tulis Wikipedia.com yang mengutip tulisan Napoleon I halaman 94, karya Jacques Bainville. Jadi? Wallahu a’lam bissawab



Nurislaami.blog

Nabi Muhammad Ditunggu Umat Hindu Sebagai Nabi Terakhir?


Nabi Muhammad adalah Nabi yang ditunggu umat Hindu? Kalimat itu pasti mengejutkan bagi kebanyakan umat Islam maupun umat Hindu, bahkan mungkin bagi umat di luar kedua agama itu. Betapa tidak, syariat dari dua agama itu sangat jauh berbeda. Mungkinkah Nabi Muhammad adalah Nabi dari kedua agama itu?


Jika dikatakan bahwa Nabi Muhammad adalah juga nabi dari umat Yahudi & umat Kristen, mungkin banyak dari kalangan umat Islam akan setuju, mengingat dalam Al-Qur’an memang terdapat ayat-ayat yang menyatakan kalau kedatangan Nabi Muhammad sebenarnya sudah diberitakan dalam kitab-kitab suci pendahulunya, seperti Taurat & Injil. Lima kitab awal dari kitab Perjanjian Lama Kristen adalah apa yang oleh umat Yahudi diakui sebagai Torah/Taurat/Pentatouch, yaitu kitab-kitab Kejadian, Keluaran, Imamat, Bilangan, dan Ulangan. Sedangkan 4 kitab awal dari kitab Perjanjian Baru Kristen diakui oleh umat Kristen sebagai kitab Injil, yaitu kitab-kitab Matius, Markus, Lukas, dan YohanesSekalipun umat Islam menyatakan bahwa Taurat & Injil yg diturunkan pada nabi Musa & Nabi Isa adalah bukan yg diakui oleh umat Yahudi & Kristen sekarang, atau setidaknya sudah berubah/diubah dari aslinya, banyak para pakar ilmu Kristologi yang menyatakan kalau dalam Taurat & Injil yg diakui umat Yahudi & Kristen sekarang inipun masih terdapat sisa-sisa ramalan kedatangan Nabi Muhammad (sebenarnya sangat menarik untuk menampilkan argumentasi pembuktiannya, tapi hal itu bukan topik utama dari tulisan ini).


Jika umat Islam mempercayai ramalan kedatangan nabi Muhammad dalam kitab Taurat & Injil, bagaimana dengan kitab suci umat Hindu? Mungkinkah Nabi Muhammad Saw adalah seorang Nabi yang kedatangannya sudah diramalkan oleh kitab suci umat Hindu? Itulah yang akan kita bahas di sini.


Sebenarnya dalam Al-Qur’an terdapat ayat-ayat yang dapat dijadikan acuan bahwa Nabi Muhammad mungkin saja adalah juga seorang Nabi yang ramalan kedatangannya terdapat dalam kitab-kitab suci umat agama lain, diantaranya 
1. Dalam surat Asy-Syu’ara(26) ayat 196 : “Dan sesungguhnya Al-Qur’an itu benar-benar (tersebut) dalam kitab-kitab orang yang terdahulu”. Jadi dalam kitab-kitab sebelum Al-Qur’an juga terdapat wahyu Tuhan

Orang yang Sering Melamun Tandanya Punya Otak Tajam

Setiap orang pasti pernah melamun dan berkhayal memikirkan masa depan atau sesuatu hal yang indah. Pengajian dan study terbaru menunjukkan bahwa orang yang pikirannya sering melayang ternyata memiliki otak yang lebih tajam. Mengapa terjadi begitu?


Study terbaru menunjukkan bahawa orang yang sering melamun justeru memiliki lebih banyak memori kerja di otak, yang memberinya kemampuan untuk dapat melakukan dua hal pada saat yang sama. (visually imaginative mind index)



"Mereka yang memiliki kapasity memori otak yang lebih tinggi melaporkan pikirannya lebih sering melayang (melamun) saat melakukan tugas-tugas sederhana, meskipun kerja mereka tidak terganggu,"  Daniel Levinson, psikologis di University of Wisconsin-Madison, seperti dinyatakan oleh Dailymail.

Riot & Method Kacau Bilau Yang Wajib Diketahui


"Di dalam dunia ini yang semakin cepat menuju ke arah kehancuran total,adalah penting untuk mengetahui bahawa apa yang berlaku di dunia ini seolah-olah 'sedang dirancang' atau 'cuba dirancang'. Untuk mencapai kehendak Dajjal, negara-negara Timur Tengah mesti dicaturkan kembali bagi menegakkan apa yang dinamakan 'ISRAEL RAYA'. Jika tidak dapat mengubah dari kalangan pemimpin atasan,perubahan boleh dilaksanakan melalui kedunguan para rakyat. Semua ini boleh dilakukan melalui sistem sekular dan demokrasi barat. Melalui teknik P A N I C dan Problem-Reaction-Solution, ia digandingkan dengan konsep NWO (NEW WORLD ORDER) terbaru dan terkini,seperti yang kita lihat hari ini di kaca televisyen dan dada-dada akhbar. Kedua-duanya akan terkorban ; para pemimpin yang korup dan rakyat yang gelojoh."


Sementara mereka menyangka diberi penawar, sebenarnya mereka sedang meminum racun!


'Dengar' baik-baik.


'R I O T'


"Just victims of the in-house drive-byThey say jump, you say how high -Bullet in your head,Rage Against The Machine "

Di dalam jigsclue yang lepas,telah diterangkan mengenai senjata P A N I C dan polisi Ordo Ab Chao. Apa pun kaedahnya,matlamatnya hanya satu iaitu menimbulkan masalah,kemudian menawarkan ubat. Dan di dalam ubat itu ada racun yang tersembunyi. Berabad-abad lamanya manusia-manusia goyyim ini tertipu dengan muslihat ini;timbulkan masalah,kemudian tawarkan penyelesaian. Taktik ini telah digunakan pada Perang Dunia I dan II serta Tragedi 911.Kini ia digunakan di negara-negara Arab.Menggunakan gabungan taktik-taktik sebelum ini seperti Divide n Rule,Thesis n AntiThesis serta Ordo Ab Chao,strategi kali ini lebih 'advance'.Sebelum kita menelusuri apakah strategi baru mereka,kita lihat dahulu apakah motif mereka di Timur Tengah.

Wednesday 18 April 2012

3 Jenis Qunut & Hukumnya




Salam Hicmah. Di artikel yang penulis mengfailkan antara musuh paling ketat manusia ialah untuk menghadirkan kembali roh di dalam tubuh kita agar terjaga di waktu solat subuh.

Alhamdulillah, agar ia ilmu tesebut didorong pengetahuan Hicmah di dalam pemikiran kita. Sedarkah kita akan bacaan Qunut di dalam solat subuh boleh menjebakkan solat seseorang individu kepada bid'ah? Walaupun didalam quran tidak dinyatakan pembawakan doa qunut di dalam solat oleh Nabi Muhammad saw, tidak mengapa. Mari kita selidiki satu persatu hadis di bawah.

Tuesday 17 April 2012

On Keeping Faith: Everybody Hurts




I was 21 years old when I found Islam. I was a stranger in a small town called Athens in southeastern United States where I went to college. Named after the ancient city of Greece, the cradle of Western civilisation, this little Athens is barely known outside the realm of American college football and dedicated fans of the rock band R.E.M. that originated from the town.
Signs that my experience in the small town would be life changing appeared the moment I landed at the Hartsfield-Jackson Atlanta International Airport in Georgia. My father and I were about to board the van that would take us to Athens when tiny snow flakes started falling from the sky. I had never been in snow until then. “Pa … It’s snowing!” I whispered excitedly to my father, showing him the tiny specs of ice on our jackets. He smiled.

Demo Mansuh PTPTN Dari Kaca Mata Dr.Maza


DR.Maza: Saya baru sahaja menonton rakaman demonstrasi Mansuh PTPTN oleh sebahagian mahasiswa. Izinkan di sini saya coretkan beberapa pendapat saya tentang hal tersebut;


1. Pertamanya, saya ucapkan tahniah kerana mereka ada keberanian. Itulah sikap sepatutnya bagi anak muda, tidak bacul tetapi bertindak balas dengan persekitaran.


2. Mereka terlalu muda dan sedang menimba pengalaman. Saya rasa tidak salah untuk mereka meneliti beberapa ulasan saya di sini. Mungkin kita berbeza tapi bukan bererti membenci. Pandangan ini mungkin boleh memberikan sedikit manfaat untuk perjuangan mereka yang seterusnya.


3. Adalah hak mereka untuk melaungkan hasrat ataupun berdemonstrasi, namun setiap tindakan sekalipun di medan perang fi sabilillah mempunyai disiplin yang mesti dipatuhi.

Monday 16 April 2012

30 Rahsia Wanita Yang Exclusive



Wanita perhiasan dunia. Wanita boleh ditafsir dan dinilai dari sifat perilakunya. 


Mari mendalami sedikit sebanyak Hicmah Rahsia-rahsia hati wanita


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak Menitiskan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya.


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.


3. Wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (kerana itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

Sunday 15 April 2012

Bau Badan Manusia Lebih Busuk Dari Haiwan



Tubuh manusia ternyata lebih bau daripada haiwan kerana aroma dilepaskan hampir dari seluruh bahagian tubuh. Penelitian yang diterbitkan dalam jurnal Trends in Parasitology mengungkapkan, bandingan dengan unggas dan haiwan mamalia lain, manusia menghasilkan lebih banyak senyawa organik yang mudah menguap.


Pada bulu ayam dan rambut zirafah, misalnya, hanya terdapat sedikit asam karbolik. Sementara itu, manusia memiliki sebatian yang mudah menguap yang menjadi faktor dominan dalam menyebarkan aroma.

Bahaya Minum Berdiri

Perkara yang remeh tetapi membawa impak yg sangat besar kepada tubuh badan. Mengapa Rasulullah SAW melarang kita minum sambil berdiri.

Ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Musuh Di Waktu Subuh



Kepada sahabat-sahabat yang disayangi mari kita muhasabah diri. Di sebalik diri kita ini, ada sifat pemalas yang perlu diubah. Jika kita tidak ubah tabiat pemalas kita ini, maka bermacam-macam impak negatif bakal menghanyutkan diri ke arah kemudharatan yang lebih besar.


Jika tidak sekarang, bila lagi bukan? Takkan mahu tunggu usia sudah senja baru kita terhegeh-hegeh mengubah diri. Ketika itu, tabiat pemalas kita sudah sebati dengan diri dan amat degil untuk disental segala kekotorannya yang sudah lama melekat dan merosakkan hati kita.


Tabiat Pemalas Yang perlu Diubah;


Cuba cek diri kita, mana satu menjadi amalan seharian :


1. Bangun subuh lewat  2.Tidur selepas subuh   3.Melewatkan waktu subuh    4.Ala kadar je bangun subuh     5.Tak bangun pun solat subuh

10 Sifat Calon Suami Terbaik Idaman Wanita



Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita. Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.J ika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.


Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.


10 sifat calon suami yang baik:


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

Waktu Terbaik Minum Air Masak / Kosong



Dah jadi lumrah manusia, bila haus mesti air yang dicarinya. Tak kiralah air tu sejuk ke, suam ke, panas ke, manis ke, semuanya boleh. Janji ianya bersih dan dapat membasahi tekak masing-masing. Tapi, sebaik-baiknya biarlah AIR MASAK yang menjadi pilihan utama.


Kenapa air masak??? Apakah Hicmah disebalik air masak??


Air masak ni akan memelihara kesihatan tubuh, melancarkan sistem metabolisme tubuh serta membantu mengurangkan berat badan kita (mesti ramai yang suka topik ini).


Sebabnya, bila air dalam badan kita mencukupi, ia sekaligus dapat membakar kalori dalam tubuh. Kan bagus begitu...


Memang nikmat tak terkata bila dapat air ketika ini. Begitu juga kalau tersedu mahupun tercekik, kan?


Bilakah 4 waktu terbaik untuk minum air masak selain ketika haus?


1. Sebelum tidur


Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok. Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.


2. Bangun tidur


Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita.


3. Sebelum mandi


Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.


4. Sebelum makan


30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Perut tidak jadi terkejut olehnya!


Alhamdulillah... Segalanya mungkin terubat dengan amalan yang penuh Hicmah ini. Anda boleh beramal dengan 4 waktu terbaik untuk meminum air masak.





Kelebihan Coca Cola


Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.



Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

Larangan Seks Suami Isteri Semasa Haid

Islam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman Nya yang bermaksud: “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)

Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)

Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, “Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran.“

Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid

Thursday 12 April 2012

Pemimpin Muda

“Fokus belajar dahulu, lepas belajar barulah kamu berpolitik sepuas-puasnya“ Ini adalah kata-kata biasa yang sering kali kita dengar dalam melalui denai perjuangan. Adakalanya membuatkan kita banyak berfikir dan membuat persoalan, apakah dengan membuat pilihan sebegini kita sudah lari daripada matlamat asas kita untuk belajar di institusi pengajian tinggi? Sampaikan adakalanya kita berfikir begini,


“Andai aku meluangkan masa yang diperuntukkan untuk perjuangan ini dengan study, menumpuhkan sepenuh hati pada perjuangan akademik, sudah tentu boleh jadi pelajar terbaik, paling kurang pun mendapat keputusan yang cemerlang”


Ada yang menyalahkan diri sendiri, dan tidak hairanlah ada yang kecewa kerana mendapat keputusan yang rendah apabila keputusan peperiksaan diumumkan. Perjuangan juga yang dipersalahkan, apakah benar kita sudah muhasabah diri dengan sepenuhnya?
Ada beberapa persoalan yang perlu untuk kita jawab bahawa,


Berapa ramaikah yang sudah bergraduat dan bekerja mendapat keputusan yang cemerlang tapi tidak menyumbang apa-apa selepas itu? Berapa ramaikah mereka yang mendapat keputusan cemerlang, tetapi hidup menganggur tidak tahu berdikari selepas bergraduat? Hari ini terlalu ramai yang salah mentafsir mengenai apa itu yang dinamakan politik, ada di antara mereka politik itu jijik, kotor, membuang masa, zalim dan banyak lagi. Mengapa keadaan ini boleh terjadi? Mengapa “politik” itu juga yang mesti dipersalahkan? 

Perkara-Perkara Mengundang Malapetaka Dari Yang Maha Besar

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم

Suatu ketika dahulu, bencana alam terjadi kerana keingkaran umat manusia kepada Nabi dan RasulNya yang menentang dan mencabar keesaan dan hukum Allah s.w.t yang didakwahkan oleh para Anbiya. 


Mari kita Selidiki Hadis dari Imam Ali r.a dan secebis contoh keingkaran umat dahulu kepada nabi yang diutus kepada kaum terdahulu sebagai Pembuka selera Hicmah di dalam hati kita.


Daripada Imam Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. 
Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu. 
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan. 
3. Zakat dijadikan hutang. 

Wednesday 11 April 2012

Sahabat Terhebat & Terulung


"Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti"



Sahabat adalah perisai ataupun kebinasaan
Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.












Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :

7 Ciri Dan Tanda Ketakwaan Individu




Sifat taqwa (mengesakan & takut kepada Allah) dapat dikenali melalui tujuh tanda dari asas anthropology islamik:


1. LIDAH 
Sibuk berzikir, membaca al-Quran, bermuzakarah, nasihat menasihati, bercakap benar dan sebagainya.
Menghindari diri dari berbohong, mengumpat, mengadu domba, berbual kosong (sia-sia) dan sebagainya. 


2. HATI
Menghindari diri dari segala penyakit hati seperti hasad dengki, buruk sangka, dendam dan sebagainya. 
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hasad memakan amal kebaikan seperti api memakan kayu.”

Nabi Nuh / Noah




Sebagai Muslim yang mengkaji firman Allah s.w.t yang sarat Hicmah diturunkan kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W kepada umat sejagat amat sinonim dengan riwayat kisah nabi Nuh A.S. Seorang nabi yang mendapat perintah Allah s.w.t supaya membina bahtera setelah beratus tahun berdakwah dan menjumpai jalan buntu untuk membawa kaumnya keluar dari kesesatan.


Di dalam Al-Quran menceritakan kisah Nabi Nuh dalam 43 ayat dari 28 surah di antaranya surah Nuh dari ayat 1 sehinga 28, juga dalam surah "Hud" ayat 27 sehingga 48 yang mengisahkan dialog Nabi Nuh dengan kaumnya dan perintah pembuatan kapal serta keadaan banjir yang menimpa di atas mereka.


Nabi Nuh adalah nabi keempat sesudah Adam, Syith dan Idris dan keturunan kesembilan dari Nabi Adam. Ayahnya adalah Lamik bin Metusyalih bin Idris.


Nabi Nuh berada di tengah-tengah kaumnya selama 950 tahun berdakwah menyampaikan risalah Allah s.w.t., mengajak mereka meninggalkan penyembahan berhala dan kembali menyembah dan beribadah kepada Allah Yang maha Kuasa memimpin mereka keluar dari jalan yang sesat dan gelap ke jalan yang benar dan terang, mengajar mereka hukum-hukum syariat dan agama yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. kepadanya, mangangkat darjat manusia yang tertindas dan lemah ke tingat yang sesuai dengan fitrah dan qudratnya dan berusaha menghilangkan sifat-sifat sombong dan bongkak yang melekat pada para pembesar kaumnya dan medidik agar mereka berkasih sayang, tolong-menolong diantara sesama manusia.


Akan tetapi dalam waktu yang cukup lama itu, Nabi Nuh tidak berhasil menyedarkan dan menarik kaumnya untuk mengikuti dan menerima dakwahnya beriman, bertauhid dan beribadat kepada Allah s.w.t. kecuali sekelompok kecil kaumnya yang tidak mencapai seramai seratus orang, walaupun ia telah melakukan tugasnya dengan segala daya usahanya dan sekuat tenaganya dengan penuh kesabaran dan kesulitan menghadapi penghinaan, ejekan dan cercaan makian kaumnya, kerana ia mengharapkan akan datang masanya di mana kaumnya akan sedar diri dan datang mengakui kebenarannya dan kebenaran dakwahnya.


Harapan Nabi Nuh akan kesedaran kaumnya ternyata makin hari makin berkurangan dan bahawa sinar iman dan takwa tidak akan menebus ke dalam hati mereka yang telah tertutup rapat oleh ajaran dan bisikan Iblislaknatullah. Hal mana Nabi Nuh berupa berfirman Allah s.w.t. yang bermaksud:


"Sesungguhnya tidak akan seorang daripada kaumnya mengikutimu dan beriman kecuali mereka yang telah mengikutimu dan beriman lebih dahulu, maka janganlah engkau bersedih hati kerana apa yang mereka perbuatkan."


Dengan penegasan firman Allah s.w.t. itu, lenyaplah sisa harapan Nabi Nuh dari kaumnya dan habislah kesabarannya. Ia memohon kepada Allah s.w.t. agar menurunkan azab-Nya di atas kaumnya yang berkepala batu seraya berseru:


"Ya Allah! Janganlah Engkau biarkan seorang pun daripada orang-orang kafir itu hidup dan tinggal di atas bumi ini. Mereka akan berusaha menyesatkan hamba-hamba-Mu, jika Engkau biarkan mereka tinggal dan mereka tidak akan melahirkan dan menurunkan selain anak-anak yang berbuat maksiat dan anak-anak yang kafir seperti mereka."


Doa Nabi Nuh dikabulkan oleh Allah s.w.t. dan permohonannya diluluskan dan tidak perlu lagi menghiraukan dan mempersoalkan kaumnya, kerana mereka itu akan menerima hukuman Allah s.w.t. dengan mati tenggelam.


Setelah menerima perintah Allah s.w.t. untuk membuat sebuah kapal, segeralah Nabi Nuh mengumpulkan para pengikutnya dan mulai mereka mengumpulkan bahan yang diperlukan untuk maksud tersebut, kemudian dengan mengambil tempat di luar dan agak jauh dari kota dan keramaiannya mereka dengan rajin dan tekun bekerja siang dan malam menyelesaikan pembinaan kapal yang diperintahkan itu. Walaupun Nabi Nuh telah menjauhi kota dan masyarakatnya, agar dapat bekerja dengan tenang tanpa gangguan bagi menyelesaikan pembinaan kapalnya namun ia tidak luput dari ejekan dan cemuhan kaumnya yang kebetulan atau sengaja melalui tempat kerja membina kapal itu. Mereka mengejek dan mengolok-olok dengan mengatakan:


"Wahai Nuh! Sejak bila engkau telah menjadi tukang kayu dan pembuat kapal? Bukankah engkau seorang nabi dan rasul menurut pengakuanmu, kenapa sekarang menjadi seorang tukang kayu dan pembuat kapal.Dan kapal yang engkau buat itu di tempat yang jauh dari air ini adalah maksudmu untuk ditarik oleh kerbau ataukah mengharapkan angin yang ankan menarik kapalmu ke laut?"


Dan lain-lain kata ejekan yang diterima oleh Nabi Nuh dengan sikap dingin dan tersenyum seraya menjawab:


"Baiklah tunggu saja saatnya nanti, jika kamu sekarang mengejek dan mengolok-olok kami maka akan tibalah masanya kelak bagi kami untuk mengejek kamu dan akan kamu ketahui kelak untuk apa kapal yang kami siapkan ini. Tunggulah saatnya azab dan hukuman Allah s.w.t. menimpa atas diri kamu."


Setelah selesai pekerjaan pembuatan kapal yang merupakan alat pengangkutan laut pertama di dunia, Nabi Nuh menerima wahyu dari Allah s.w.t.:


"Siap-siaplah engkau dengan kapalmu, bila tiba perintah-Ku dan terlihat tanda-tanda darrpada-Ku maka segeralah angkut bersamamu di dalam kapalmu dan kerabatmu dan bawalah dua pasang dari setiap jenis makhluk yang ada di atas bumi dan belayarlah dengan izin-Ku."


Kemudian tercurahlah dari langit dan memancur dari bumi air yang deras dan dahsyat yang dalam sekelip mata telah menjadi banjir besar melanda seluruh kota dan desa menggenangi daratan yang rendah mahupun yang tinggi sampai mencapai puncak bukit-bukit sehingga tiada tempat berlindung dari air bah yang dahsyat itu kecuali kapal Nabi Nuh yang telah terisi penuh dengan para orang mukmin dan pasangan makhluk yang diselamatkan oleh Nabi Nuh atas perintah Allah s.w.t..


Dengan iringan "Bismillah majraha wa mursaha" belayarlah kapal Nabi Nuh dengan lajunya menyusuri lautan air, menentang angin yang kadang kala lemah lembut dan kadang kala ganas dan ribut. Di kanan kiri kapal terlihatlah orang-orang kafir bergelut melawan gelombang air yang menggunung berusaha menyelamat diri dari cengkaman maut yang sudah sedia menerkam mereka di dalam lipatan gelombang-gelombang itu.


Tatkala Nabi Nuh berada di atas geladak kapal memperhatikan cuaca dan melihat-lihat orang-orang kafir dari kaumnya sedang bergelimpangan di atas permukaan air, tiba-tiba terlihatlah olehnya tubuh putera sulungnya yang bernama "Kan'aan" timbul tenggelam dipermainkan oleh gelombang yang tidak menaruh belas kasihan kepada orang-orang yang sedang menerima hukuman Allah s.w.t. itu. Pada saat itu, tanpa disadari, timbullah rasa cinta dan kasih sayang seorang ayah terhadap putera kandungnya yang berada dalam keadaan cemas menghadapi maut ditelan gelombang.


Nabi Nuh secara spontan, terdorong oleh suara hati


"Wahai anakku! Datanglah kemari dan gabungkan dirimu bersama keluargamu. Bertaubatlah engkau dan berimanlah kepada Allah s.w.t. agar engkau selamat dan terhindar dari bahaya maut yang engkau menjalani hukuman Allah s.w.t.."
Kan'aan, putera Nabi Nuh, yang tersesat dan telah terkena racun rayuan syaitan laknatullah dan hasutan kaumnya yang sombong dan keras kepala itu menolak dengan keras ajakan dan panggilan ayahnya yang menyayanginya dengan kata-kata yang menentang:


"Biarkanlah aku dan pergilah, jauhilah aku, aku tidak sudi berlindung di atas geladak kapalmu aku akan dapat menyelamatkan diriku sendiri dengan berlindung di atas bukit yang tidak akan dijangkau oleh air bah ini."


Nuh menjawab:


"Percayalah bahawa tempat satu-satunya yang dapat menyelamatkan engkau ialah bergabung dengan kami di atas kapal ini. Masa tidak akan ada yang dapat melepaskan diri dari hukuman Allah s.w.t.Nya."


Setelah Nabi Nuh mengucapkan kata-katanya tenggelamlah Kan'aan disambar gelombang yang ganas dan lenyaplah ia dari pandangan mata ayahnya, tergelincirlah ke bawah lautan air mengikut kawan-kawannya dan pembesar-pembesar kaumnya yang durhaka itu.


Nabi Nuh bersedih hati dan berdukacita atas kematian puteranya dalam keadaan kafir tidak beriman dan belum mengenal Allah s.w.t.. Beliau berkeluh-kesah dan berseru kepada Allah s.w.t.: "Ya Tuhanku, sesungguhnya puteraku itu adalah darah dagingku dan adalah bahagian dari keluargaku dan sesungguhnya janji-Mu adalah janji benar dan Engkaulah Maha Hakim yang Maha Berkuasa." Kepadanya Allah s.w.t.
"Wahai Nuh! Sesungguhnya dia puteramu itu tidaklah termasuk keluargamu, kerana ia telah menyimpang dari ajaranmu, melanggar perintahmu menolak dakwahmu dan mengikuti jejak orang-orang yang kafir daripada kaummu.Coretlah namanya dari daftar keluargamu.Hanya mereka yang telah menerima dakwahmu mengikuti jalanmu dan beriman kepada-Ku dapat engkau masukkan dan golongkan ke dalam barisan keluargamu yang telah Aku janjikan perlindungannya dan terjamin keselamatan jiwanya. Adapun orang-orang yang mengingkari risalah mu, mendustakan dakwahmu dan telah mengikuti hawa nafsunya dan tuntutan Iblis, pastilah mereka akan binasa menjalani hukuman yang telah Aku tentukan walau mereka berada dipuncak gunung. Maka janganlah engkau sesekali menanyakan tentang sesuatu yang engkau belum ketahui. Aku ingatkan janganlah engkau sampai tergolong ke dalam golongan orang-orang yang bodoh."
Nabi Nuh sedar segera setelah menerima teguran dari Allah s.w.t. bahawa cinta kasih sayangnya kepada anaknya telah menjadikan ia lupa akan janji dan ancaman Allah s.w.t. terhadap orang-orang kafir termasuk puteranya sendiri. Ia sedar bahawa ia tersesat pada saat ia memanggil puteranya untuk menyelamatkannya dari bencana banjir yang didorong oleh perasaan naluri darah yang menghubungkannya dengan puteranya padahal sepatutnya cinta dan taat kepada Allah s.w.t. harus mendahului cinta kepada keluarga dan harta-benda. Ia sangat sesalkan kelalaian dan kealpaannya itu dan menghadap kepada Allah s.w.t. memohon ampun dan maghfirahnya dengan berseru:


"Ya Tuhanku aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan yang terlaknat, ampunilah kelalaian dan kealpaanku sehingga aku menanyakan sesuatu yang aku tidak mengetahuinya. Ya Tuhanku bila Engkau tidak memberi ampun dan maghfirah serta menurunkan rahmat bagiku, nescaya aku menjadi orang yang rugi."
Setelah air bah itu mencapai puncak keganasannya dan habis binasalah kaum Nuh yang kafir dan zalim sesuai dengan kehendak dan hukum Allah s.w.t., surutlah lautan air diserap bumi kemudian bertambatlah kapal Nuh di atas bukit " Judie " dengan iringan perintah Allah s.w.t. kepada Nabi Nuh:


"Turunlah wahai Nuh ke darat engkau dan para mukmin yang menyertaimu dengan selamat dilimpahi barakah dan inayah dari sisi-Ku bagimu dan bagi umat yang menyertaimu."


PENEMUAN BAHTERA NABI NUH?





Pada tahun 1960, sebuah majalah Life Magazine melaporkan penemuan kesan seperti sebuah kapal laut yang sangat besar di puncak gunung Ararat oleh Pesawat Tentera Nasional Turki. Panjangnya kira-kira 437 kaki. Pada tahun 1977 pula, sebuah " Tim Antropologi" di bawah pimpinan Prof. Ron Wyatt telah menemui bukti kebenaran kisah ini.


Pergunungan Ararat. Lihat ketinggian gunung ini. Di mana lokasi bahtera tersebut?



Bulatan menunjukkan lokasi dipercayai bahtera tersebut.



Gambar dari udara lokasi di kawasan pergunungan.



Foto-foto lain berkaitan bahtera ini.



Kelebaran bahtera tersebut dapat dibayangkan menerusi gambar berikut



Kerja-kerja pengukuran sedang dijalankan.





Berikut adalah gambaran bentuk bahtera Nabi Nuh AS menurut pandangan para pakar arkeologi tersebut. Terdapat pelbagai versi rekabentuk baik rekabentuk luaran mahupun dalaman. Namun Allah jua yang maha mengetahui bentuk sebenar bahtera ini. Di dalam bahtera inilah sedikit umat Nabi Nuh AS diselamatkan Allah SWT bersama ratusan binatang yang diambil secara berpasangan mengikut jenis. Mereka terselamat dari bencana banjir dahsyat dengan ombak setinggi gunung.


Variasi rekabentuk bahtera menurut pandangan para penyelidik.


Lihat perbandingan ukuran perahu dengan Pesawat Jumbo 747.



Apa yang dipaparkan moga menambahkan keimanan kita kepada keagungan dan kebesaran Allah. Sesungguhnya Allah maha berkuasa di atas segala perkara. Sepelik-pelik perkara pada waras akal manusia, tidak pula mustahil disisi Allah. Jika Allah menghendaki sesuatu perkara, ia pasti berlaku dan terjadi. Setiap sesuatu yang diciptakanNya pula pasti ada hikmah yang tersembunyi.