Showing posts with label Ibadah Muslim. Show all posts
Showing posts with label Ibadah Muslim. Show all posts

Wednesday, 23 May 2012

Solat Pakai Kasut & Dalilnya

Dibolehkan mendirikan solat-solat fardhu dan sunat dengan memakai kasut bagi lelaki dan wanita, samada dalam keadaan mastautin atau musafir, samada dalam suasana senang atau sulit. Syaratnya hanya satu - dipastikan dengan penglihatan yang biasa bahawa kasut itu tiada kesan najis yang nyata. Berikut disalin beberapa dalil-dalil yang membolehkan solat dengan berkasut:


[01] Said bin Yazid al-Azdiy radiallahu-anha katanya: Aku pernah bertanya Anas bin Malik: Adakah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam pernah solat dengan memakai kasut? Anas menjawab: Ya!


[02] Ibnu Abi Aus berkata bahawa Pakciknya menerangkan bahawa: Saya melihat Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam menunaikan solat dengan memakai kedua-dua kasutnya.


[03] Abdullah radiallahu-anha menerangkan: Sungguh kami (para sahabat) melihat Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam mengerjakan solat  dengan memakai sandal dan kasut. (Adakalanya bersandal, adakalanya berkasut.


[04] Amir bin Syu'aib menerangkan bahawa datuknya (yang hidup di zaman Nabi SAW) telah berkata: Aku melihat Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam mengerjakan solat adakalanya dengan tidak berkasut dan adakalanya dengan berkasut.
Demikian beberapa hadith yang menerangkan bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam pernah bersolat dengan memakai kasut. Perbuatan beliau ini diikuti oleh para sahabatnya dan majoriti ahli ilmu juga menghujahkan kebolehan ini. Berkata Imam Tirmizi ketika meriwayatkan hadith yang pertama di atas - Dalam bab ini terdapat hadith dari Abdullah ibnu Mas'ud, Abdillah bin Habibah, Abdillah bin Amr, Amr bin Huraits, Syaddad bin Ans, Ats Tsaqafi, Abu Hurairah dan Atha' dari Bani Hanifah. Dan hadith ini diamalkan oleh para ahli ilmu.

Monday, 21 May 2012

Tips Istimewa Di Bulan Rejab


BUlan Rejab Bulan ALlah Nisfu SyaabanBulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.


1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.


2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.


3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.


4. Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)


5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

Tempoh Penantian Di Padang Mahsyar

Padang masyarSoalan: Salam, Saya ada mendengar di dalam satu kuliah agama , ustaz mengatakan semasa dipadang Mahsyar nanti semua manusia akan dikumpulkan dan dibiarkan oleh Allah tanpa di buat apa-apa selama 7000 @ 70,000 tahun sebelum dihisab. Benarkah begitu? Tidakkah ia bertentangan dengan prinsip keadilan Tuhan ? Yang baik dan yang jahat mendapat layanan yang sama ( dibiarkan menanti-nanti untuk masa yang lama)
Terima Kasih.
khai


Jawapan: kamin


Wa’alaikumussalam


Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.


Persoalan mengenai hari Akhirat, baik Padang Mahsyar, Syurga, Neraka, dll, merupakan perkara yang wajib diimani dan bersifat Ghaib. Persoalan panjang atau pendek masa di Hari Kiamat itu sesuatu yang relatif. Sebagai contoh, orang-orang kafir akan merasakan penantian itu sangat lama, sebagaimana firman Allah swt :-


وَكَانَ يَوْمًا عَلَى الْكَافِرِينَ عَسِيرًا
“..dan adalah ia satu masa yang amat sukar keadaannya kepada orang-orang kafir.” [surah al-Furqaan : 26].

Tuesday, 15 May 2012

Kisah Seorang Laki-laki dan Anjing Yang Kehausan

anjing kehausanDari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ketika seorang laki-laki sedang dalam perjalanan, ia kehausan. Ia masuk ke dalam sebuah sumur yang curam, lalu minum di sana. Kemudian ia keluar. Tiba-tiba ia mendapati seekor anjing di luar sumur yang sedang menjulurkan lidahnya dan menjilat-jilat tanah lembab karena kehausan. Orang itu berkata, ‘Anjing ini telah merasakan apa yang baru saja saya rasakan.’


Kemudian ia kembali turun ke sumur dan memenuhi sepatunya dengan air lalu membawanya naik dengan menggigit sepatu itu. Sesampainya di atas ia minumi anjing tersebut. Karena perbuatannya tadi Allah berterimakasih kepadanya dan mengampuni dosanya.”
Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah kalau kami mengasihi binatang kami mendapatkan pahala?” Beliau bersabda, “Berbuat baik kepada setiap makhluk pasti men-dapatkan pahala.” [HR. al-Bukhari, 2363; Muslim, 2244.]


Pelajaran yang dapat dipetik dari kisah ini:
1. Anjuran untuk senantiasa ihsan (berbuat baik) kepada hewan yang jinak yang tidak diperintahkan untuk membu-nuhnya.
2. Diperbolehkan bepergian seorang diri tanpa membawa bekal perjalanan jika ia tidak khawatir dengan keselamatan diri-nya yakni dari serangan musuh maupun mati kelaparan.
3. Rahmat Allah sangat luas. Dia membalas dengan karunia. yang sangat banyak padahal orang itu hanya melakukan ke-baikan yang sedikit.
4. Diperbolehkan menggali sumur atau sejenisnya di tempat-tempat umum untuk kemaslahatan bersama.
5. Diperbolehkan berbuat baik sekali pun kepada orang musyrik.


Sumber: Sittuna Qishshah Rawaha an-Nabi wash Shahabah al-Kiram, Muhammad bin Hamid Abdul Wahab, edisi bahasa Indonesia: “61 KISAH PENGANTAR TIDUR Diriwayatkan Secara Shahih dari Rasulullah dan Para Sahabat”, pent. Pustaka Darul Haq, Jakarta/Alsofwa.com





Wednesday, 18 April 2012

3 Jenis Qunut & Hukumnya




Salam Hicmah. Di artikel yang penulis mengfailkan antara musuh paling ketat manusia ialah untuk menghadirkan kembali roh di dalam tubuh kita agar terjaga di waktu solat subuh.

Alhamdulillah, agar ia ilmu tesebut didorong pengetahuan Hicmah di dalam pemikiran kita. Sedarkah kita akan bacaan Qunut di dalam solat subuh boleh menjebakkan solat seseorang individu kepada bid'ah? Walaupun didalam quran tidak dinyatakan pembawakan doa qunut di dalam solat oleh Nabi Muhammad saw, tidak mengapa. Mari kita selidiki satu persatu hadis di bawah.

Friday, 6 April 2012

Relativiti 5 Jenis Manusia Dengan Solat



SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.


Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)


Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.
Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.


Jenis Pertama


Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.


Jenis Kedua


Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.


Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.


Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.


Jenis Ketiga


Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.


Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.


Jenis Keempat


Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.


Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.


Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.


Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.


Jenis Kelima


Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.


Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.


Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.


Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.


Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.


Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj