Monday 22 July 2013

Sementara Berdosa

Salam Ramadhan dan semoga di ampunkan segala dosa kepada manusia dan Allah swt


Bukan mudah mengharungi dunia ini. Ujian yang datang sering gagal dihadapi. Ia datang untuk menepuk iman yang dikatakan tebal sebenarnya nipis, yang dikatakan hebat sebenarnya lemah. Benarlah firmanNya bahawa iman itu akan diuji oleh Allah swt dengan perancanganNya yang Maha Bijaksana.

Surah Al'Ankabut. Ayat 003.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

Oleh itu ketidak aktifan projek adalah kerana terkesannya hati dari kelemahan iman, cinta dan ketakwaan kepada Allah swt dan Rasulullah saw. Sedang mencari hakiki didorong bersama menyelami diri dengan rendah hati.

 
Surah AlFurqaan. Ayat 020.
Dan Kami tidak mengutus Rasul-Rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).



Mudah-mudahan hidayah dan rahmat Allah swt tidakku balas dengan kejahatan yang lahir dari nafsu jahil yang merosakkan.
Salam Hicmah dari penulis.

Wednesday 23 May 2012

Solat Pakai Kasut & Dalilnya

Dibolehkan mendirikan solat-solat fardhu dan sunat dengan memakai kasut bagi lelaki dan wanita, samada dalam keadaan mastautin atau musafir, samada dalam suasana senang atau sulit. Syaratnya hanya satu - dipastikan dengan penglihatan yang biasa bahawa kasut itu tiada kesan najis yang nyata. Berikut disalin beberapa dalil-dalil yang membolehkan solat dengan berkasut:


[01] Said bin Yazid al-Azdiy radiallahu-anha katanya: Aku pernah bertanya Anas bin Malik: Adakah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam pernah solat dengan memakai kasut? Anas menjawab: Ya!


[02] Ibnu Abi Aus berkata bahawa Pakciknya menerangkan bahawa: Saya melihat Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam menunaikan solat dengan memakai kedua-dua kasutnya.


[03] Abdullah radiallahu-anha menerangkan: Sungguh kami (para sahabat) melihat Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam mengerjakan solat  dengan memakai sandal dan kasut. (Adakalanya bersandal, adakalanya berkasut.


[04] Amir bin Syu'aib menerangkan bahawa datuknya (yang hidup di zaman Nabi SAW) telah berkata: Aku melihat Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam mengerjakan solat adakalanya dengan tidak berkasut dan adakalanya dengan berkasut.
Demikian beberapa hadith yang menerangkan bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam pernah bersolat dengan memakai kasut. Perbuatan beliau ini diikuti oleh para sahabatnya dan majoriti ahli ilmu juga menghujahkan kebolehan ini. Berkata Imam Tirmizi ketika meriwayatkan hadith yang pertama di atas - Dalam bab ini terdapat hadith dari Abdullah ibnu Mas'ud, Abdillah bin Habibah, Abdillah bin Amr, Amr bin Huraits, Syaddad bin Ans, Ats Tsaqafi, Abu Hurairah dan Atha' dari Bani Hanifah. Dan hadith ini diamalkan oleh para ahli ilmu.

Tuesday 22 May 2012

Pengembaraan Israk Mikraj Di Bulan Rejab


Israk Mikraj
Isra Mikraj dan beberapa penerangan dan pembetulan mengenainya


Bulan Rejab pasti melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya pertemuan dengan bulan mulia lagi penuh rahmat, iaitu Ramadan al-mubarak. Namun, di penghujung Rejab yang mulia ini, kita terpanggil untuk merenung sejenak peristiwa yang besar dan bermakna bagi seluruh umat. Peristiwa yang dimaksudkan itu ialah peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW. 


Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya. 


Sungguhpun peristiwa luar biasa yang terjadi setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah itu mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia, namun kita selaku umat Islam wajib percaya dan menyakini bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.
Tidak seperti fahaman Wahhabi atau apa jua nama fahaman tersebut yang mengatakan Isra Mikraj hanya dengan roh tidak dengan jasad. Ia seolah olah ingin menafikan kesahihan peristiwa tersebut dengan kata lain akan menunjukkan bahawa Nabi hanya bermimpi dan tidak sehebat manapun seperti yang umatnya gambarkan. Ini adalah fahaman ciptaan musuh Islam atau munafik di dalam Islam yang inginkan nama baginda s.a.w. akan tercemar dan rosak dengan dalil dalil palsu ciptaan mereka.

Monday 21 May 2012

Tips Istimewa Di Bulan Rejab


BUlan Rejab Bulan ALlah Nisfu SyaabanBulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.


1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.


2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.


3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.


4. Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)


5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

Tempoh Penantian Di Padang Mahsyar

Padang masyarSoalan: Salam, Saya ada mendengar di dalam satu kuliah agama , ustaz mengatakan semasa dipadang Mahsyar nanti semua manusia akan dikumpulkan dan dibiarkan oleh Allah tanpa di buat apa-apa selama 7000 @ 70,000 tahun sebelum dihisab. Benarkah begitu? Tidakkah ia bertentangan dengan prinsip keadilan Tuhan ? Yang baik dan yang jahat mendapat layanan yang sama ( dibiarkan menanti-nanti untuk masa yang lama)
Terima Kasih.
khai


Jawapan: kamin


Wa’alaikumussalam


Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.


Persoalan mengenai hari Akhirat, baik Padang Mahsyar, Syurga, Neraka, dll, merupakan perkara yang wajib diimani dan bersifat Ghaib. Persoalan panjang atau pendek masa di Hari Kiamat itu sesuatu yang relatif. Sebagai contoh, orang-orang kafir akan merasakan penantian itu sangat lama, sebagaimana firman Allah swt :-


وَكَانَ يَوْمًا عَلَى الْكَافِرِينَ عَسِيرًا
“..dan adalah ia satu masa yang amat sukar keadaannya kepada orang-orang kafir.” [surah al-Furqaan : 26].

Apakah Kasyaf Memang Wujud?

Berjalan Di atas Air berjalan di atas air kasyaf dan manusia ajaibSoalan: Apakah kasyaf memang wujud?


Assalamualaikum,
saya ada satu soalan kepada panel al ahkam.dalam harakah keluaran terbaru,Tuan guru nik abdul aziz ada membincangkan tentang kasyaf yang dimiliki oleh para wali Allah(ruangan artikel bertajuk Mauidzah).dalam artikel tersebut, beliau mendakwa sesiapa yang tidak mempercayai kasyaf seolah-olah dia menolak konsep nubuwwah itu sendiri.dalam artikel tersebut juga.beliau menceritakan tentang kelebihan para wali Allah yang mendapat keramat daripada Allah seperti dapat pergi ke Mekah pergi dan balik dalam masa satu hari dan beberapa contoh lain yang di luar akal manusia.
persoalannya,adakah kasyaf memang wujud dan memang adakah manusia yang mendapat kasyaf?
saya memohon jawapan daripada panel al ahkam.sekian,terima kasih.


Jawapan: kamin, Panel Feqh


Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.


Kasyaf wujud didalam pelbagai bentuk. Menurut Syiekh al-Islam Ibn Taimiyyah, terdapat 3 jenis Kasyaf (al-Safadiyyah, ms 187) :-


a. Kasyaf 1 yang berlaku samada didalam sedar ataupun didalam mimpi. Ia berlaku apabila jiwa berjauhan sedikit dengan badan, samada akibat latihan rohani atau sebaliknya, Kasyaf ini dinamakan Kasyaf Psikologi. Ibn Qayyim menyifatkan Kasyaf ini sebagai kasyaf Juz’I, yang boleh dilakukan oleh orang Islam dan bukan islam.

Thursday 17 May 2012

Nabi Muhammad SAW Pedofilia?



Nabi Muhammad Difitnah pedofilia Jika boleh meminjam perkataan William Montgomerry Watt bahwa, “Tiada tokoh besar dalam sejarah yang paling banyak difitnah selain Nabi Muhammad (Saw)”. Ia benar dan saya secara peribadi setuju dengan kata-katanya, memang tokoh sentral umat Islam inilah tokoh dunia yang paling banyak menuai fitnah dan kritik dibanding tokoh lain. Sederet fitnah yang di lemparkan kepada beliau (saw) merupakan deskripsi jelas betapa berpengaruhnya peribadi nabi besar Muhammad saw dihati dan sanubari mereka.


Dan Insya Allah dari semua fitnahan tersebut akan saya bahas dan tulis di blog ini, namun kali ini saya akan mengangkat sebuah fitnah yang sangat keji, yakni Nabi Muhammad seorang pedofilia. Yang Insya Allah artikel singkat ini dapat mencurahkan sedikit cahaya kebenaran kepada mereka yang tidak mengerti dan belum mengetahui…Amiin Allahuma Amiiin.


Mari kita baca definisi dan gejala Pedofilia:
“Low self esteem. Many pedophiles, although by no means all, do not have a great sense of capacity for adopting a sexual demeanor towards adults or those of their own age or older. They feel unhappy and fearful at the prospect of sexual behaviour with adults and hence turn to children due to the fact that they are unable to have the strength of personality to seek adults for sexual demeanor. When considering treatment therefore it is important to establish and develop a higher sense of self-esteem in such individuals.”