Monday 22 July 2013

Sementara Berdosa

Salam Ramadhan dan semoga di ampunkan segala dosa kepada manusia dan Allah swt


Bukan mudah mengharungi dunia ini. Ujian yang datang sering gagal dihadapi. Ia datang untuk menepuk iman yang dikatakan tebal sebenarnya nipis, yang dikatakan hebat sebenarnya lemah. Benarlah firmanNya bahawa iman itu akan diuji oleh Allah swt dengan perancanganNya yang Maha Bijaksana.

Surah Al'Ankabut. Ayat 003.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

Oleh itu ketidak aktifan projek adalah kerana terkesannya hati dari kelemahan iman, cinta dan ketakwaan kepada Allah swt dan Rasulullah saw. Sedang mencari hakiki didorong bersama menyelami diri dengan rendah hati.

 
Surah AlFurqaan. Ayat 020.
Dan Kami tidak mengutus Rasul-Rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).



Mudah-mudahan hidayah dan rahmat Allah swt tidakku balas dengan kejahatan yang lahir dari nafsu jahil yang merosakkan.
Salam Hicmah dari penulis.