Faktor yang mempengaruhinya ialah kerana ia tidak perlu menjalani pembedahan plastik, manakala penegangan otot dibuat secara semula jadi. Sesetengah produk seumpama itu menghasilkan kesan yang ketara. Ini tidak mustahil berlaku kerana tisu adipos secara lebih khusus terletak di bahagian bawah muka dan memainkan fungsi penting dalam menentukan raut wajah dan bentuk muka. Ia juga adalah satu daripada faktor yang membolehkan kita menukar raut wajah tanpa menjalani pembedahan kosmetik.Bagaimanapun, proses ini mengambil masa yang lama dan enapan lemak berlebihan boleh muncul apabila usia meningkat menyebabkan wajah kelihatan berat dan kendur. Keadaan ini bertambah buruk apabila tisu sokongan menjadi lemah. Itulah sebabnya kita perlu bertindak untuk mencegah dan membetulkan keadaan ini. Tekanan, keletihan, kehilangan atau tambahan berat badan dan usia yang meningkat akan memburukkan lagi keadaan.
Kesimpulannya, kaedah ini membawa konsep baru dalam dunia penjagaan kulit dan mencantikkan raut wajah, melicinkan kulit dan memulihkan seri semula jadi kulit supaya sentiasa kelihatan lebih jelita serta muda.
FAKTA: Kaedah asas untuk memulih wajah
1) Memekap dahi dengan dua telapak tangan selama 5 hingga 10 saat.
2) Memekap mata dengan dua telapak tangan selama 10 hingga 20 saat.
3) Memekap pipi dengan dua telapak tangan selama 10 hingga 20 saat.
4) Memekap dagu dengan dua telapak tangan, seperti orang sedang menongkat dagu selama 10 hingga 20 saat.
5) Akhir sekali pekap telinga, bermula di bahagian depan kemudian belakang telinga selama 10 saat.
epetua
No comments:
Post a Comment