Monday, 2 April 2012
Wanita Pertama Ke Syurga
Ya Allah..berkatilah perjalananku, restuilah doaku, perkenankanlah hajatku, kurniakanlah wanita sebegini sebagai isteriku jika Engkau telah menemukan jodohku. Aku berserah kepadaMu ya Allah.........bukan rupa paras yang ku pinta tapi kemuliaan hingga selamanya hingga diriku kembali kepadaMu ya Allah........................
Kelebihan Wanita
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat daripada wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
"6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad."
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut (permata).
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah..", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah
14. Wanita yang menjaga solat, puasa,dan taat pada suami maka Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu
pahala haji.
17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis..Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tuala emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tuala perak.
"22. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga."
23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Kisah Wanita Pertama Memasuki Syurga:
Dan siapakah nama wanita itu? Dia adalah Muti’ah.
Terperanjat? Sama seperti Siti Fatimah ketika itu yang mengira dirinyalah yang pertama kali masuk syurga.
Siapakah Muti’ah? Kerana perasaan ingin tahu yang tinggi, Siti Fatimah pun mencari seorang wanita yang bernama Muti’ah ketika itu. Beliau juga ingin tahu, amalan apakah yang mampu membuat wanita itu masuk syurga pertama kali? Setelah bertanya-tanya akhirnya Siti Fatimah mengetahui rumah seorang wanita yang bernama Muti’ah. Kali ini dia ingin bersilaturahmi ke rumah wanita tersebut..ingin melihat lebih dekat kehidupannya. Waktu itu Siti Fatimah berkunjung bersama dengan anaknya yang masih kecil Hasan. Setelah mengetuk pintu terjadilah dialog...
“Di luar siapa?” kata Muti’ah tidak membukakan pintu.
“Saya Fatimah, putri Rasulullah”
“Oh, iya. Ada keperluan apa?”
“Saya hanya berkunjung saja”
“Anda seorang diri atau bersama dengan lainnya?”
“Saya bersama dengan anak saya, Hasan?”
“Maaf, Fatimah. Saya belum mendapatkan izin dari suami saya untuk menerima tamu laki-laki”
“Tetapi Hasan masih kanak-kanak”
“Walaupun kanak-kanak, dia lelaki juga kan? Maaf ya. Kembalilah esok, saya akan meminta izin dulu kepada suami saya”
“Baiklah” kata Fatimah dengan nada kecewa. Setelah mengucapkan salam, dia pun pergi.
Keesokan harinya, Siti Fatimah kembali berkunjung ke rumah Muti’ah. Selain mengajak Hasan, ternyata Husein (saudara kembar Hasan) merengek meminta ikut juga. Akhirnya mereka bertiga pun berkunjung juga ke rumah Muti’ah. Terjadilah dialog seperti hari kelmarin.
“Suami saya sudah memberi izin bagi Hasan”
“Tetapi maaf, Muti’ah. Husein ternyata merengek meminta ikut. Jadi saya ajak juga!”
“Dia perempuan?”
“Bukan, dia lelaki”
“Wah, saya belum meminta izin suami saya bagi Husein.”
“Tetapi dia juga masih kanak-kanak”
“Walaupun kanak-kanak, dia juga lelaki. Maaf ya. Kembalilah esok!”
“Baiklah” Kembali Siti Fatimah kecewa.
Namun rasa keinginannya semakin besar untuk mengetahui, rahsia apakah yang menyebabkan wanita yang bakal dikunjunginya tersebut diperkenankan memasuki syurga sebagai wanita pertama. Akhirnya hari esok pun tiba. Siti Fatimah dan kedua putranya kembali mengunjungi kediaman Mutiah. Kerana semuanya telah diberi izin oleh suaminya, akhirnya mereka pun diperkenankan berkunjung ke rumahnya. Senangnya Siti Fatimah kerana inilah kesempatan bagi dirinya untuk mengetahui misteri wanita tersebut.
Menurut Siti Fatimah, wanita yang bernama Muti’ah sama juga seperti dirinya dan umumnya wanita. Dia melakukan solat dan ibadah lainnya. Hampir tidak ada yang istimewa. Namun, Siti Fatimah masih ingin mengetahui juga. Hingga akhirnya ketika telah lama waktu berbincang, “rahsia” wanita itu tidak terkuak juga. Akhirnya Muti’ah pun memberanikan diri untuk memohon izin kerana ada keperluan yang harus dilakukannya.
“Maaf Fatimah, saya harus ke ladang!”
“Ada keperluan apa?”
“Saya harus mengantarkan makanan ini kepada suami saya”
“Oh, begitu”
Tidak ada yang salah dengan makanan yang dibawa Muti’ah yang disebut-sebut sebagai makanan untuk suaminya ternyata Muti’ah juga membawa sebuah cambuk.
“Untuk apa cambuk ini, Muti’ah?” kata Fatimah penuh minat.
“Oh, ini. Ini adalah kebiasaanku semenjak dulu”
Fatimah benar-benar ingin tahu dengan lanjut. “Ceritakanlah padaku!”
“Begini, setiap hari suamiku pergi ke ladang untuk bercocok tanam. Setiap hari pula aku mengantarkan makanan untuknya. Namun disertai sebuah cambuk. Aku menanyakan apakah makanan yang aku buat ini enak atau tidak, apakah suaminya suka atau tidak. Jika ada yang tidak sedap, maka aku ikhlaskan diriku agar suamiku mengambil cambuk tersebut kemudian mencambukku. Ini aku lakukan agar suamiku redha dengan diriku. Dan tentu saja melihat tingkah laku ku ini, suamiku begitu tersentuh hatinya. Dia pun redha atas diriku. Dan aku pun redha keatas dirinya”
“MasyaAllah, hanya demi menyenangkan suami..engkau rela melakukan hal ini Muti’ah?”
“Saya hanya memerlukan keredhaannya. Kerana isteri yang baik adalah isteri yang patuh pada suami yang baik dan sang suami redha kepada isterinya”
“Ya..ternyata inilah rahsia itu”
“Rahsia apa ya Fatimah?” kali ini Mutiah pula yang terperanjat ingin tahu.
“Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa dirimu adalah wanita yang pertama diperkenankan masuk syurga. Ternyata semua gara-gara baktimu yang tinggi kepada seorang suami yang soleh.”
Subhanallah........!!!!!!!!!!!!!!!!!
Pedoman Perjalanan Ruh Matrix virtual kepada hicmah duniawi & Ukhrawi
Labels:
Wanita Solehah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment