“Andai aku meluangkan masa yang diperuntukkan untuk perjuangan ini dengan study, menumpuhkan sepenuh hati pada perjuangan akademik, sudah tentu boleh jadi pelajar terbaik, paling kurang pun mendapat keputusan yang cemerlang”
Ada yang menyalahkan diri sendiri, dan tidak hairanlah ada yang kecewa kerana mendapat keputusan yang rendah apabila keputusan peperiksaan diumumkan. Perjuangan juga yang dipersalahkan, apakah benar kita sudah muhasabah diri dengan sepenuhnya?
Ada beberapa persoalan yang perlu untuk kita jawab bahawa,
Berapa ramaikah yang sudah bergraduat dan bekerja mendapat keputusan yang cemerlang tapi tidak menyumbang apa-apa selepas itu? Berapa ramaikah mereka yang mendapat keputusan cemerlang, tetapi hidup menganggur tidak tahu berdikari selepas bergraduat? Hari ini terlalu ramai yang salah mentafsir mengenai apa itu yang dinamakan politik, ada di antara mereka politik itu jijik, kotor, membuang masa, zalim dan banyak lagi. Mengapa keadaan ini boleh terjadi? Mengapa “politik” itu juga yang mesti dipersalahkan?
Peringatan Rasulullah kepada kita,
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)
Akademik merupakan perkara utama yang dituntut dan wajib untuk dilaksanakan oleh seorang yang bergelar pelajar. Namun, itu bukanlah alasan untuk meninggalkan tanggungjawab yang lebih utama iaitu mengembalikan agama Islam, di tengah-tengah kehidupan manusia yang tenggelam dengan dunia kelekaan dan kerosakkan ini. Semoga kita bukan daripada golongan ini.
“Biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar,Belajar sambil mencabar , pengetahuan tidak berjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, berpengalaman (mencabar) dan terpelajar.”
Profesor Edward Said dalam buku ‘Representations of The Intellectuals’ berkata,
“Seorang intelektual berperanan menyampaikan pandangan secara bebas tanpa dipengaruhi atau terikat dengan pihak-pihak berkepentingan. Ini bersesuaian dengan tugas manusia sebagai khalifah yang wajib menyebarkan kebenaran tanpa ‘fear of favour”Semakin hari, dunia melahirkan ilmuan yang semakin ramai dan hebat, namun untuk melihat mereka terlibat dalam menyedarkan masyarakat agar kembali kepada jalan yang benar, adalah agak sedikit sekali. Tenggelam dalam kesibukkan kerjaya dan membangunkan keluarga semata-mata lupa kepada peranan untuk membetulkan dunia. Mengapakah situasi sebegini boleh terjadi?
Belajar berpolitik untuk memimpin diri, keluarga dan masyarakat pada masa akan datanga, kita perlu untuk masuk ke dalam kehidupan masyarakat. Hidup bersosial dan peka kepada isu-isu semasa yang melanda masyarakat akan menjadikan kita lebih matang dan bijak.
Almarhum Bapak Nasir pernah berkata,
“Tiada percetakan dalam kepimpinan. (lantaran) pemimpin tidak lahir di bilik kuliah (formal institution) tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat.”Ada yang beranggapan bahawa “politik” itu ialah untuk mendapatkan jawatan, dan berkuasa memimpin orang lain. Tafsiran ini agak sempit dan risau boleh terpesong dan lari daripada makna yang sebenarnya. Sebagai individu muslim kita dilarang untuk menjadi seorang pelobi dan meminta-minta untuk mendapatkan jawatan.
Daripada Abdul Rahman Ibn Samurah, katanya:
“Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: Wahai Abd Rahman Ibn Samurah janganlah engkau memohon sesuatu jawatan pemimpin (kepimpinan). Sesungguhnya jika diberikannya (jawatan pemimpin) dengan permintaan engkau (disebabkan cita-citamu), maka engkau akan diserahkannya tanpa ditolong (menanggung seluruh bebannya). Tetapi jika engkau diberikan kepimpinan tanpa meminta (ditugaskan tanpa cita-citamu), maka engkau akan ditolong (untuk mengatasinya).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Allah tidak akan membantu golongan yang bercita-cita untuk mendapatkan jawatan sebagai pemimpin, tetapi Allah akan membantu apabila seseorang yang tidak meminta jawatan dan kepimpinan, setelah diserahkan amanah atas dasar persetujuan bersama dalam sebuah masyarakat dan juga negara.
Satu tafsiran yang salah mengenai kepimpinan yang diperkenalkan oleh seorang pengarang Daripada Romania, E.M. Cioran telah menyatakan bahawa,
“Jika seseorang mempunyai rahsia yang mengilhamkan segala rancangan dan tindakannya, rahsia itu sebenarnya adalah ‘Saya mahu disanjung’.“
Antara kelemahan seorang pemimpin yang gagal memimpin kelompok atau masyarakat ialah apabila terlalu bergantung kepada jawatan dan kuasa semata-mata. Adalah tidak dinafikan, budaya rasuah dalam pemilihan pemimpin hari ini, adalah disebabkan kegagalan dalam memahami konsep kepimpinan yang sebenarnya, kerana tidak berjaya untuk mempengaruhi orang lain untuk menjadikannya sebagai seorang pemimpin, maka pelbagai cara yang dilakukan sama ada melalui orang tengah, wang ringgit, penipuan dan penindasan serta banyak lagi yang menjadi tatapan dalam dunia politik atau kepimpinan di dunia hari ini.
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, dalam artikelnya yang bertajuk “Yusuf Memimpin Dengan Kualiti dan Pengaruh” berkata,
“Sebaik-baik pemimpin adalah yang mampu mencipta pengaruh berdasarkan kepakaran dan pengetahuannya, selemah-lemah kepimpinan adalah yang bergantung kepada jawatan untuk mencipta pengaruh.
Mereka yang mempunyai jawatan belum tentu boleh memimpin dengan baik, sebaliknya orang yang mempunyai pengaruh boleh memimpin walaupun tanpa sebarang jawatan. Kata-katanya akan menjadi ikutan, nasihatnya akan jadi pedoman, perjuangannya akan menjadi kepercayaan.
Micheal H. Hart, seorang pengkaji mengenai teori “pengaruh” beragama kristian dalam bukunya yang bertajuk The 1oo: A Rangking of the Most Influential Person in History, yang terjual sebanyak 500,000 naskah, diterjemah dalam 15 bahasa telah membuat satu kajian yang sangat menarik untuk diketahui. Beliau telah membuat kajian mengenai 100 orang yang paling berpengaruh di atas dunia, dan keputusan yang diperolehi ialah beliau tidak meletakkan Nabi Isa Bin Maryam atau Nabi Musa di tangga nombor satu, begitu juga dengan tokoh-tokoh terkenal dunia seperti Newtown di tangga yang ke-2, Albert Einstien di tangga yang ke-10, Alexander The Great di tangga ke-33,Aristotle di tangga yang ke-13, Napoleaon Bonaparte di tangga yang ke-34, sebaliknya beliau telah meletakkan Nabi Muhammad Bin Abdullah, yang digelarkan oleh beliau sebagai “”supremely successful ” atau insan yang sangat berjaya dan mempunyai pengaruh yang paling hebat.
Apabila ditanya mengapa beliau membuat keputusan tersebut, beliau menjawab:
“Nabi Muhammad lahir di daerah paling terkebelakang di dunia. Namun, hanya dalam masa sekelumit abad, hanya 23 tahun sahaja, beliau telah mengubah sepertiga peta dunia. Muhammad lah orang pertama dalam sejarah, berkat kekuatan iman pada Tuhannya, memimpin pasukan Arab yang sangat kerdil jumlahnya melakukan penaklukan yang menyebabkan sejarah tercengang. Di Timur, kerajaan Parsi yang luas tumbang di bawahnya. Di Barat, Rom Bynzantium kuasa tentera terkuat dunia tunduk di bawah tapak kakinya. Penggantinya pula menyapu bersih Afrika Utara hinga Lautan Atlantik, dari Selat Gibraltar sehinggalah ke Visigot di Sepanyol.”
No comments:
Post a Comment