Thursday, 12 April 2012

Perkara-Perkara Mengundang Malapetaka Dari Yang Maha Besar

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Suatu ketika dahulu, bencana alam terjadi kerana keingkaran umat manusia kepada Nabi dan RasulNya yang menentang dan mencabar keesaan dan hukum Allah s.w.t yang didakwahkan oleh para Anbiya. 


Mari kita Selidiki Hadis dari Imam Ali r.a dan secebis contoh keingkaran umat dahulu kepada nabi yang diutus kepada kaum terdahulu sebagai Pembuka selera Hicmah di dalam hati kita.


Daripada Imam Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. 
Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu. 
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan. 
3. Zakat dijadikan hutang. 
4. Suami memperturutkan kehendak isteri. 
5. Anak derhaka terhadap ibunya 
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya melainkan ibunya 
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya. 
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid. 
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka. 
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya. 
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat. 
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki). 
13. Para artis-artis disanjung-sanjung. 
14. Muzik banyak dimainkan. 
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain.


Renung-renungkanlah

________________________________________________________________________________________________

"Ibarat Balasan ke atas kaum Luth yang mengadakan hubungan sejenis (Gay dan Lesbian),Pompeii yang merupakan sebuah kota pelacuran dan seks sejenis juga lenyap dari peta dunia"


Lenyapnya Pompeii (Pompeii the last day)
Kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks
 termasuk seks diluar tabii bertukar menjadi batu.Jelas kelihatan raut muka penduduk yang
 menunjukkan expresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang datang itu secara tiba-tiba.
Gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa sahaja yang berada berhampirannya
 termasuk kawasan penemuan artifak

Sejarah Kota Pompeii (Pompeii the last day)

*Kota Pompeii didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (M) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu satu kelompok masyarakat ditengah Itali.

   *Pompeii berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan.Akan tetapi, disebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau,kota itu sebenarnya membangun  sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampui batas kemanusiaan.

*Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung dipintu pusat pelacuran berkenaan.

   *Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan ‘Mithra’ yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan ditempat terbuka.

*Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan dikota berkenaan,secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu ‘sepi’ selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu.

   *Tiada seorang pun penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu menenggelam serta menlenyapkan Pompeii dari sejarah beradapan dunia malah menukarkan penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.


Insyallah Kita Mendapat petunjuk menjadi seorang yang mendapat HIcmah hidayah Allah S.w.t untuk mengenal diri demi menghindari dari kekufuran yang rakus hadir dari nafsu yang merosakkan aqidah dan kesempitan berfikir.


Salam dari Norhicmah dan selamat beramal





No comments:

Post a Comment