Monday, 9 April 2012

Cerminlah Diri Sendiri



Di dalam hidup yang penuh dengan ujian Allah s.w.t, manusia sering diuji dengan gelora nafsu yang lahir dari pemerhatian ke  atas sesuatu objek yang bersifat tangible ataupun intangible (tampak & tidak tampak). Nafsu yang merangsang pemikiran, hati, syahwat dan pilihan untuk melakukan amalan perbuatan yang bersifat duniawi atau ukhrawi di mana manusia berada di dalam keadaan sedar ataupun tidak sedar. 


Secara khusus, kelemahan individual memahami tuntutan nafsu diri sendiri akan menjerumuskan kerohanian batiniah ataupun melemahkan semangat dalam mencari ilmu yang berhicmah bahkan akan menggalakkan individu untuk melakukan perkara-perkara seperti maksiat, mengumpat dan pembaziran. 


Perkara ini jelas menunjukkan sifat individual yang bekeupayaan menuntut perkataan, perbicaraan dan perkara-perkara hina mengikut tuntutan nafsu tanpa mencerminkan diri sendiri dan juga tanpa segan silu dengan Allah s.w.t yang Maha menurunkan ujian lagi Maha merancang.


Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:

“Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai sekarang ini sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka.” H. R. Muslim



Penerangan Hadis: Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut:
“Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri (‘ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM”.


Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya”.


Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa ‘ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain.


Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap ugama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.


Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun jangan sampai menganggap diri kita ‘perfect’ dan orang lain tidak setanding dengan kita.
Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidayah. 


Berselawatlah ke atas Muhammad s.a.w, pelajarilah Hicmah sains Al-quran dan sunnah yang diwahyukan dan diriwayatkan kepada & daripada Baginda. 




Referens: Riwayat Muslim

Friday, 6 April 2012

Relativiti 5 Jenis Manusia Dengan Solat



SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.


Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)


Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.
Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.


Jenis Pertama


Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.


Jenis Kedua


Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.


Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.


Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.


Jenis Ketiga


Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.


Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.


Jenis Keempat


Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.


Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.


Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.


Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.


Jenis Kelima


Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.


Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.


Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.


Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.


Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.


Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj

Hicmah Jauhkan RIndu



Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.


Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.

Thursday, 5 April 2012

Petua Menanam Uri: Tradisi Melayu vs Hukum Islam.

Petua penuh hicmah tentang Penanaman uri yang Lebih afdhal dilakukan oleh si bapa untuk mengazan atau mengiqamat anak yang baru lahir seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad (SAW). Menurut orang dulu-dulu, uri dimasukkan dalam tempurung kelapa sebelum menanamnya. Ada sesetengah orang tanam bawah tangga. Selepas menanam uri, ada pula yang menyalakan pelita atau lilin kononnya untuk mengelak bayi mengalami kembung perut. Api itu dikatakan dapat ‘memanaskan’ bayi.


Antara upacara karut tradidisional yang masih dilakukan sewaktu menanam uri ialah:


1. Cuci uri itu dengan sempurna sehingga tiada bahagian yang tidak dicuci atau darah masih tertinggal.

Perjalananku Mengajarku Mengenal Diriku

Wahai Tuhaku Penguasa & Pentadbir alam yang Maha bijaksana & Maha mengetahui


Aku ingin belajar dengan diriku sendiri


Ajarkanlah aku agar aku dapat ilmu dari kejadianku ini


Aku kaji diri lahirku, aku renung diri batinku


Aku nilai akal fikiranku, kekuatannya, bagaimana ia mendapatkan ilmu, bagaimana ia memproses ilmu


Cara mana dia menyimpan ilmu dan maklumat yang didapati dan bagaimana ia mengeluarkan ilmu dan maklumat itu

Saluran Cinta Hicmah

Bacalah makna cinta ini dengan perasaan bermaruah dan penuh hicmah


Jangan beri cinta pada sebarangan


Memberi cinta atau meletakkan cinta kepada sebarangan adalah sia-sia dan akan menyesal


Kerana cinta itu mahal biarlah pulangannya sepadan dengan mahalnya


Kalau kita cinta kepada sesuatu kita pula yang memberi sesuatu kepadanya adalah orang yang bodoh macam baghal


Kita beri cinta pada perempuan terutama yang bukan isteri kita, berbagai-bagai perkara dan benda dia minta kita berikan kepadanya
Bukan dia yang memberi sesuatu kepada kita bukankah kita dibodohinya?
Adakalanya setelah dia kikis harta dan kekayaan kita, dia pun tarik diri dari kita, apakah untungnya?

Monday, 2 April 2012

Wanita Pertama Ke Syurga



Ya Allah..berkatilah perjalananku, restuilah doaku, perkenankanlah hajatku, kurniakanlah wanita sebegini sebagai isteriku jika Engkau telah menemukan jodohku. Aku berserah kepadaMu ya Allah.........bukan rupa paras yang ku pinta tapi kemuliaan hingga selamanya hingga diriku kembali kepadaMu ya Allah........................


Kelebihan Wanita


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.


2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.


3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.


4. 2 rakaat solat daripada wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.


5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.


"6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad."


7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.


8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.


9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut (permata).


10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.


11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.


12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah..", Allah akan berkatkan rezekinya.


13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah


14. Wanita yang menjaga solat, puasa,dan taat pada suami maka Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.


15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.


16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.


16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu
pahala haji.


17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.


18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.


19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.


20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis..Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.


21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tuala emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tuala perak.


"22. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga."


23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.


24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.






Kisah Wanita Pertama Memasuki Syurga:




Dan siapakah nama wanita itu? Dia adalah Muti’ah.


Terperanjat? Sama seperti Siti Fatimah ketika itu yang mengira dirinyalah yang pertama kali masuk syurga.


Siapakah Muti’ah? Kerana perasaan ingin tahu yang tinggi, Siti Fatimah pun mencari seorang wanita yang bernama Muti’ah ketika itu. Beliau juga ingin tahu, amalan apakah yang mampu membuat wanita itu masuk syurga pertama kali? Setelah bertanya-tanya akhirnya Siti Fatimah mengetahui rumah seorang wanita yang bernama Muti’ah. Kali ini dia ingin bersilaturahmi ke rumah wanita tersebut..ingin melihat lebih dekat kehidupannya. Waktu itu Siti Fatimah berkunjung bersama dengan anaknya yang masih kecil Hasan. Setelah mengetuk pintu terjadilah dialog...


“Di luar siapa?” kata Muti’ah tidak membukakan pintu.


“Saya Fatimah, putri Rasulullah”


“Oh, iya. Ada keperluan apa?”


“Saya hanya berkunjung saja”


“Anda seorang diri atau bersama dengan lainnya?”


“Saya bersama dengan anak saya, Hasan?”


“Maaf, Fatimah. Saya belum mendapatkan izin dari suami saya untuk menerima tamu laki-laki”


“Tetapi Hasan masih kanak-kanak”


“Walaupun kanak-kanak, dia lelaki juga kan? Maaf ya. Kembalilah esok, saya akan meminta izin dulu kepada suami saya”


“Baiklah” kata Fatimah dengan nada kecewa. Setelah mengucapkan salam, dia pun pergi.


Keesokan harinya, Siti Fatimah kembali berkunjung ke rumah Muti’ah. Selain mengajak Hasan, ternyata Husein (saudara kembar Hasan) merengek meminta ikut juga. Akhirnya mereka bertiga pun berkunjung juga ke rumah Muti’ah. Terjadilah dialog seperti hari kelmarin.


“Suami saya sudah memberi izin bagi Hasan”


“Tetapi maaf, Muti’ah. Husein ternyata merengek meminta ikut. Jadi saya ajak juga!”


“Dia perempuan?”


“Bukan, dia lelaki”


“Wah, saya belum meminta izin suami saya bagi Husein.”


“Tetapi dia juga masih kanak-kanak”


“Walaupun kanak-kanak, dia juga lelaki. Maaf ya. Kembalilah esok!”


“Baiklah” Kembali Siti Fatimah kecewa.